From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengglasieran Marino, kadangkala juga dikenali sebagai pengglasieran Varanger,[1] ialah satu tempoh pengglasieran yang berlaku di seluruh muka Bumi.[2] Permulaannya kurang dikenal pasti, tetapi berlaku tidak lebih awal daripada 654.5 Ma (juta tahun lalu).[3] Ia berakhir kira-kira 632.3 ± 5.9 Ma[2] semasa tempoh Kriogen. Pengglaiseran ini mungkin meliputi seluruh planet, dalam peristiwa yang dipanggil Bumi Bola Salji. Penamatan pengglasieran ini adalah disebabkan oleh pelepasan gas karbon dioksida oleh gunung berapi dan pembubaran gas hidrat[4] dan mungkin dipercepatkan oleh pembebasan metana dari ibun abadi khatulistiwa.[5][6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.