From Wikipedia, the free encyclopedia
Penerbangan 574 Adam Air adalah merupakan penerbangan tempatan berjadual di antara Surabaya dan Manado, kedua-duanya di Indonesia.[1] Kapalterbang berkenaan, merupakan satu Boeing 737-400, didaftarkan di atas bawah nama PK-KKW,[2] telah hilang berdekatan dengan Polewali di Sulawesi pada Januari, 2007.[3] Bertentangan dengan laporan berita yang telah dikeluarkan awal sebelumnya, ia masih lagi hilang.
Kejadian | |
---|---|
Tarikh | 1 Januari 2007 |
Ringkasan | Keralatan juruterbang, disorientasi ruang, kerosakan sistem navigasi inertial (IRS) |
Tapak kejadian | Selat Makassar di luar Majene, Sulawesi, Indonesia. Kotak hitam di dan |
Jenis pesawat | Boeing 737-400 |
Pengendali | Adam Air |
Kod pendaftaran | PK-KKW |
Penumpang | 96 |
Anak kapal | 6 |
Kematian | 102 (semua) |
Terselamat | 0 |
Kapalterbang tersebut, satu Boeing 737-400, didaftarkan atas nama PK-KKW, berumur lebih kurang 18 tahun dan telah terbang dengan lapan syarikat penerbangan semasa hayatnya.[4] Kapalterbang berkenaan mempunyai 45,371 jam penerbangan, dan kali terakhir dinilai dan diisytiharkan selamat terbang oleh kementerian pengangkutan Indonesia pada 25 Disember 2005.[5]Ia dilaporkan akan diperiksa kembali pada akhir Januari 2007.[5] Pengurus tugasan lapangan terbang Surabaya telah berkata bahawa sebelum berlepas, kapalterbang berkenaan tidak mempunyai masalah teknikal.[6]
Pada 1 Januari 2007, 12:55 waktu tempatan(05:55 UTC), kapalterbang berkenaan telah berlepas dari Surabaya membawa 96 penumpang (85 dewasa, 7 kanak-kanak dan 4 bayi)[7] dan enam anak kapal.[1] Laluan penerbangan dua jam, masa pendaratan di Manado telah dijadualkan pada 16:00 waktu tempatan,[note] adalah normal sehingga kapalterbang itu hilang dari radar pengawal trafik udara di Makassar, Sulawesi Selatan dengan hubungan terakhir pada 14:53 waktu tempatan (06:53 UTC). Kedudukan suar terakhir diketahui dikesan oleh satelit Singapura pada 1.30° S 124.45° E.[7] Ketinggian kapalterbang menunjukkan pada paras 35,000 kaki (10,668 meter) pada skrin on the radar.[8]
Cuaca di kawasan tersebut adalah ribut;[9] Institut Meteorologi dan Geofizik Indonesia telah menyatakan bahawa ketebalan awan setinggi 30,000 kaki (9,144 meter) dan laju angin pada 30 knot (55.56 km/j) di dalam kawasan berkenaan.[10] Kapalterbang berkenaan telah menghantar dua isyarat kecemasan sebelum hubungan terputus.[11] Jenis isyarat menunjukkan satu "peluang besar ia telah mengalami kemalangan atau satu nahas" merujuk kepada pegawai tentera landasan kapalterbang.[12]
Senarai penumpang sebahagian besarnya terdiri daripada warganegara Indonesia; Orang luar hanyalah satu keluarga Amerika Syarikat terdiri daripada tiga orang.[13][14]
Satu kapalterbang Tentera Udara Indonesia seawalnya telah melaporkan bahawa bangkai kapalterbang telah dijumpai di kawasan pergunungan Sulawesi. Komander Pengkalan Udara Hasanuddin Air di Makassar, First Air Marshall Eddy Suyanto, telah mengesahkan menerusi stesen radio tempatan, "Kapal terbang itu berada dalam keadaan musnah. Kami sedang menghantar pasukan-pasukan ke lokasi berkenaan. Kapal terbang itu telah dijumpai berada di sekitar 20 kilometer dari pekan Polewali di pergunungan. Cuaca pada masa ini cerah".[3]
Pasukan pencarian dan penyelamat telah dihantar ke tapak nahas berkenaan dan telah endapati bahawa tiada tanda nahas kapalterbang.[15] Pada 2 Januari 2007, mentero pengangkutan Indonesia, Hatta Radjasa, telah berkata bahawa kapalterbang tersebut masih belumlagi ditemui dan laporan sebelumnya adalah berdasarkan khabar angin daripada orang kampung tempatan yang disampaikan kepada pegawai tempatan adalah tidak benar.[16] First Air Marshall Eddy Suyanto telah meminta maaf kerana maklumat itu, "Lokasi bangkai berkenaan tidak dijumpai. Kami meminta maaf kerana berita yang kami sampaikan adalah tidak benar.".[17]
Walaupun kapalterbang tersebut tidak dijumpai, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sudah mengarahkan satu siasatan penuh untuk mencari sebab-sebab kehilangan kapalterbang berkenaan, termasuk sebab-sebab kemalangan yang ia mungkin ada termasuk sebab musabab apa-apa kemalangan yang ia mungkin pernah ada. Siasatan juga akan melihat nilai keberadaan di udara termasuk prosedur piawai yang harus ada pada operasi kapal udara.[18] Satu pasukan daripada Amerika Syarikat dengan wakil-wakil daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Pentadbiran Aviasi Persekutuan, Boeing dan General Electric akan menolong dalam siasatan.[19]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.