Pemvulkanan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pemvulkanan atau vulkanisasi adalah proses mencampurkan getah asli dengan bahan tertentu, seperti lazimnya atom sulfur,[1] menjadikan getah ini menjadi lebih kenyal, lebih tahan haba dan lebih kuat berbanding getah asli.[2][3]

Proses ini mendapat namanya dari Vulcanus, dewa api dan pertukangan besi Rom Purba ..Wallahualam

Prinsip

Molekul-molekul getah mentah lazimnya disusun bengkang-bengkok dan tidak berpola.[4] Pengisian belerang berpemangkin zink oksida menyebabkan suatu tindak balas menghasilkan ikatan silang antara molekul-molekul ini sehingga terjadi gaya tahan antara molekul getah.[4] Ikatan silang ini mampu mengekalkan sifat kemuluran getah dengan sebanyak mana tekanan yang dikenakan kepada bahan akhir.[4] Sifat getah yang dikuatkan ini tidak boleh diundur kembali.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.