From Wikipedia, the free encyclopedia
Peluntur atau pemutih adalah bahan kimia yang memutihkan pakaian.
Proses pemutihan telah dikenali selama ribuan tahun,[1] tetapi bahan kimia yang digunakan sebagai peluntur pada masa kini merupakan hasil kerja beberapa saintis pada abad ke-18. Klorin adalah bahan asas bagi peluntur yang biasa digunakan: sebagai contoh, larutan natrium hipoklorit yang merupakan bahan yang sering dirujuk sebagai "peluntur", dan kalsium hipoklorit, sebatian aktif dalam "serbuk pemutihan". Agen pemutih yang mengoksidakan tanpa klorin biasanya berasaskan peroksida seperti hidrogen peroksida, natrium perkarbonat dan natrium perborat. Kebanyakan peluntur bersifat mengoksidakan, tetapi ada juga peluntur yang bersifat menurunkan seperti natrium ditionit dan natrium borohidrida.
Peluntur digunakan sebagai bahan kimia rumah untuk memutihkan pakaian dan membuang kotoran serta sebagai disinfektan, terutamanya di bilik mandi dan dapur. Banyak peluntur berupaya membunuh bakteria dengan kuat. Oleh itu, ia digunakan untuk pembasmian kuman dan pensterilan seperti pembersihan kolam renang misalnya untuk mengawal bakteria, virus dan alga serta di mana-mana lokasi yang memerlukan persekitaran steril. Peluntur digunakan dalam banyak proses industri, terutamanya dalam pemutihan pulpa kayu ketika membuat kertas. Ia juga digunakan untuk menyingkirkan kulapuk, membunuh lalang dan memanjangkan jangka hayat bunga yang dipotong.[2]
Warna biasanya timbul daripada pewarna dan pigmen organik contohnya beta karotena. Peluntur kimia bertindak melalui salah satu dari dua cara:
Keberkesanan peluntur yang berspektrum luas, terutamanya natrium hipoklorit, adalah disebabkan sifat kimianya yang bertindak balas dengan mikrob. Jika antibiotik bersifat merencatkan atau meracunkan mikrob, peluntur pula bertindak balas terhadap sel-sel mikrob dengan cepatnya menyahasli dan menghancurkan banyak patogen. Peluntur, terutama natrium hipoklorit, telah ditunjukkan untuk bertindak balas dengan protein kejutan haba mikrob, merangsang peranan mereka sebagai pendamping antara sel dan menyebabkan bakteria untuk membentuk menjadi gumpulan (sepertimana kandungan protein dalam telur yang telah direbus) yang akan akhirnya mati.[4] Dalam beberapa kes, keasidan bes peluntur mengganggu membran lipid bakteria ini seumpama belon yang pecah. Lingkungan mikroorganisma yang dibunuh dengan berkesannya oleh peluntur (terutamanya natrium hipoklorit) adalah luas menjadikan peluntur sejenis disinfektan yang sangat serba boleh. Kajian yang sama mendapati bahawa pada tahap natrium hipoklorit yang rendah (mikromolar), bakteria-bakteria E. coli dan Vibrio cholerae mengaktifkan mekanisme pertahanan yang membantu melindungi diri, tetapi implikasi mekanisme pertahanan ini masih belum dapat disiasat dengan sepenuhnya.
Sistem imun manusia bertindak balas terhadap jangkitan ini dengan menghasilkan pengoksida yang kuat iaitu asid hipoklorus melalui neutrofil yang diaktifkan peroksidaan ion klorida dibantu mieloperoksidase, seterusnya menyumbang kepada kemusnahan bakteria.[5][6][7]
Larutan natrium hipoklorit (peluntur biasa) sebanyak 3-6% biasanya dicairkan untuk penggunaan yang selamat apabila ia digunakan untum menyahjangkitkan permukaan serta merawat air minuman. Ketika menyahjangkit kebanyakan permukaan, 1 bahagian cecair peluntur untuk 100 bahagian air dikira sudah memadai untuk tujuan pembersihan. Larutan yang kuat atau lemah mungkin lebih sesuai untuk tujuan khusus, seperti membunuh virus degil atau membersihkan permukaan yang tidak akan bersentuhan dengan makanan. (Lihat rujukan untuk lebih lanjut)[8][9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.