From Wikipedia, the free encyclopedia
Pigmen atau zat warna ialah zat yang mengubah warna cahaya tampak sebagai akibat proses penyerapan selektif terhadap panjang gelombang pada kisaran tertentu. Pigmen tidak menghasilkan warna tertentu sehingga berbeza dari zat-zat pendar (luminescence). Molekul pigmen menyerap tenaga pada panjang gelombang tertentu sehingga memantulkan pajang gelombang tampak lainnya, sedangkan zat pendar memancarkan cahaya disebabkan tindak balas kimia tertentu. Nilai industri pigmen dianggarkan sebanyak kira-kira AS$30 bilion.[1]
Dalam dunia percetakan, pigmen dibahagi kepada tiga pigmen dasar yang mampu meniru pigmen-pigmen lain jika dicampurkan dengan perkadaran tepat, iaitu pigmen sian, magenta, dan kuning. Sebagai tambahan, untuk mendapatkan kedalaman warna ditambahkan pigmen hitam. Tamsilnya untuk mendapatkan sensasi warna merah, dicampurkan pigmen magenta dan kuning dengan perkadaran tertentu.
Pigmen mengalami banyak apabila dihasilkan oleh organisma, dan banyak yang bernilai ekonomi. Pigmen yang dihasilkan oleh organisma dikategorikan sebagai pigmen hayati.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.