Ziarah ([zia.rah] pinjaman Arab: زيارة, rumi: ziyārah terbitan kata kerja زَارَ zāra "mengunjungi; melawat"[1]) adalah pengamalan dilakukan sebahagian penganut kepercayaan dan agama dengan melakukan perjalanan atau pencarian makna moral atau rohani di tempat dan lokasi yang khusus serta penting dalam sejarah ajaran tersebut - baik sebagai tempat kelahiran atau kematian seorang pengasas atau pengikut ataupun tempat "panggilan" mereka atau kebangkitan rohani, atau hubungan mereka (visual atau lisan) dengan sesuatu tuhan atau dewa, ke lokasi di mana mukjizat dikatakan telah dilakukan atau disaksikan, atau lokasi di mana dewa dikatakan hidup atau "ditempatkan", atau mana-mana tapak yang dilihat mempunyai kuasa rohani yang istimewa.

Thumb
David Teniers the Younger: Penziarah Flemish

Tapak-tapak tersebut boleh diperingati dengan kuil-kuil atau candi yang para penganut digalakkan untuk melawat untuk faedah rohani mereka sendiri: untuk disembuhkan atau mempunyai soalan yang perlu dijawab atau untuk mencapai manfaat rohani yang lain. Seseorang yang membuat perjalanan itu dipanggil sebagai penziarah.[2]

Kelaziman mengikut agama

Agama Islam

Para penganut agama Islam berpegang kepada salah satu rukun utama agama mereka yang mewajibkan (atau "memfardukan") perjalanan ke sesebuah tempat, iaitu haji (Arab: حَـجّ) di mana setiap yang sihat badan dan mampu berharta semasa berpergian dan sambil meninggalkan keluarga melakukan perjalanan ke Mekah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.[3][4][5] Pengumpulan para jemaah penziarah ini (haji-hajah) dilihat sebagai pertemuan paling hebat dan ramai di dunia.[6][7][8]

Madinah turut menjadi pilihan sebagai tanah suci kedua di mana Nabi Muhammad dimakamkan di sebuah masjid utama di kota tersebut iaitu Masjid Nabawi.[9]

Agama Kristian

Agama Yahudi

Tembok bahagian barat kawasan Temple Mount di Kota Lama Baitulmaqdis (dipertelingkahkan milik antara pihak Palestin dan Israel) yang masih kekal utuh sejak runtuhnya Kuil Yahudi Kedua menjadi tumpuan para penganut agama Yahudi.[10][11]

Bahkan, ada juga sebilangan tempat kecil yang ada pentingnya dalam agama ini melibatkan tempat bermakamnya para orang alim (tzadikim) terkenal di serata dunia termasuk Hebron; Bethlehem; Mt. Meron; Netivot; Uman, Ukraine; Silistra, Bulgaria; Damanhur, Mesir dan sebagainya.[12]

Tanah Suci terutamanya merupakan tumpuan utama direbut para penziarah dari ketiga-tiga agama samawi di atas. Menurut kajian Universiti Stockholm pada tahun 2011, penziarah ini mengunjungi Tanah Suci untuk menyentuh dan melihat manifestasi fizikal iman mereka, mengesahkan kepercayaan mereka dalam konteks suci dengan pengujaan kolektif, dan menghubungkan secara langsung diri mereka ke Tanah Suci.[13]

Agama Hindu

Agama Buddha

Terdapat empat tempat yang menjadi tumpuan ziarah para penganut agama Buddha:

Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.