Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sir James Paul McCartney CH MBE (lahir di Liverpool, Inggeris, 18 Jun 1942; umur 82 tahun) merupakan penyanyi dan penggubah lagu yang berkebangsaan Inggeris. Beliau terkenal sebagai salah satu pengasas The Beatles , bersama-sama dengan ahlinya Ringo Starr , George Harrison , dan John Lennon yang merupakan salah satu kumpulan muzik yang amat popular dan berpengaruh dalam abad ke-20 dalam sejarah muzik pop.
Sir Paul McCartney CH MBE | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | James Paul McCartney |
Kelahiran | Liverpool, England | 18 Jun 1942
Genre | Musik rock, pop rock, psychedelic rock, experimental rock, rock and roll, classical, pop |
Pekerjaan | penyanyi-penulis lagu, musikus, artis, aktivis |
Instrumen | Gitar bass, gitar, piano, keyboards, drums, mandolin, vokal |
Tahun aktif | 1957—sekarang |
Syarikat rakaman | Hear Music Apple Records Parlophone Records Capitol Records Columbia Records EMI Music Group |
Pengkarya berkait | The Beatles, The Fireman, The Quarrymen, Wings |
Laman sesawang | www.paulmccartney.com |
Alat muzik terkenal | |
Hofner 500/1 Rickenbacker 4001S Gibson Les Paul Epiphone Casino Epiphone Texan |
Selepas kumpulan muziknya berpecah, beliau telah menubuhkan kerjaya solo-nya dan menubuhkan kumpulan muzik Wings bersama-sama isteri pertamanya Linda dan Denny Laine.
James Paul Mccartney dilahirkan pada 18 Jun 1942 di Walton Hospital , Liverpool , England. Ibunya, Mary Patricia (née Mohin; 1909–1956) merupakan seorang jururawat manakala bapanya , James ("Jim") Mccartney (1902-1972) tidak hadir semasa kelahiran anaknya akibat berkerja sebagai bomba sukarelawan dalam perang dunia kedua. Beliau mempunyai seorang adik, Michael (lahir pada 7 January 1944)
Paul telah menghadiri Stockton Wood Road Primary School di Speke dari 1947 hingga 1949, apabila beliau telah ditukarkan ke Joseph Williams Junior School di Belle Vale. Pada 1953, beliau bersama-sama tiga murid yang lain telah memenangi tempat di Liverpool Institution , sebuah sekolah grammar selepas melepasi peperiksaan 11-plus di sekolahnya. Pada 1954, beliau mengenali George Harrison di dalam bas dari rumahnya di Speke dan mereka segera manjadi kawan.
ibunya, Mary ialah seorang bidan dan makan gaji utama keluarga. Pendapatan beliau membolehkan mereka untuk berpindah ke pelbagai tempat, termasuklah ke tingkat bawah di 75 Sir Thomas White Gardens, 72 Western Avenue di Speke ,dan 12 Ardwick Road(di Speke). Ibunya ingin memberikan ketenteraman yang paling baik untuk anak-anaknya dan sering berpindah-randah. Keluarga mereka akhirnya berpindah ke 20 Forthlin Road di Allerton, di mana keluarga beliau hidup sehingga 1964. Pada Oktober 1953, apabila Mccartney berusia 14 tahun, ibunya meninggal akibat embolik.
Bapa Mccartney merupakan seorang permain sangkakala dan piano yang telah menubuhkan kumpulan Jim Mac's Jazz Band dalam 1920-an. Bapanya mepunyai sebuah piano upright di ruang tamu mereka yang memberikan inspirasi kepada paul untuk menjadi seorang yang berminat dalam bidang muzik dan juga menyarannya untuk mengambil kelas piano, tetapi Paul lebih suka bermain melalui telinganya. Bapanya juga memberikan sangkakala yang bersaduran nikel untuk hari jadi ke-14 beliau tetapi beliau telah menjualkannya bagi membelikan sebuah gitar akoustik Framus Zenith (modal 17) untuk £15 kerana beliau ingin menyanyi sambil bermainkannya. Walau bagaimanapun, beliau mendapati ia amat susah untuk bermainkan gitarnya dengan tangan kanannya, tetapi selepas melihat persembahan Slim Whitman melalui iklan, beliau menyedari Whitman bermain dengan tangan kirinya, yang menyebabkan McCartney menukarkan tali gitarnya secara terbalik.
McCartney menulis lagu pertamanya, "I Lost My Little Girl" dengan gitar Zenith-nya yang telah mencipta tune yang lalu bertukar kepada salah satu lagu kumupulan muziknya pada masa depan, The Beatles iaitu "When I'm Sixty-Four" bagi piano. Beliau amat menyukai lagu Amerika Syarikat genre R&B(rhythm and blues) dan lagu Little Richard, yang merupakan idolanya apabila beliau masih bersekolah. Lagu "Long Tall Sally" merupakan lagu pertama McCartney mempersembahkan kepada awam dalam pertandingan bakat kem cutinya di Butlins.
1957–60: The Quarrymen
Pada usia 15 tahun , Mccartney berkenalan dengan Lennon bersama-sama kumpulan muziknya, The Quarrymen di St Peter's Church Hall fête di Woolton pada 6 July 1957. kumpulan mereka turut menjemput Mccartney untuk menyertai kumpulan muzik mereka sebagai seorang permain gitar rancak dan selepas perjumpaan itu, persahabatan Mccartney dan Lennon bertambah erat. Harrison menyertai pada 1958 sebagai permain gitar utama, diikuti oleh Stuart Sutcliffe sebagai permain bass pada tahun 1960. Pada Mei 1960, kumpulan muzik itu mempunyai pelbagai nama termasuklah, Beatals, Johnny and the Moondogs and the Silver Beetles. Mereka juga menggunakan nama The Beatles pada Ogos 1960 dan menjemput permain drum, Pete Best di Hamburg.
1960–70: The Beatles
artikel utama: the beatles
Pada 1961, Sutcliffe meninggalkan kumpulan muzik mereka dan Mccartney pula mengambil bahagian untuk menggantikan dia sebagai permain bass. Mereka, sebagai kumpulan muzik, The Beatles , telah rekord secara profesional pada kali pertama di Hamburg dan dikreditkan sebagai The Beat Brothers, dan permain sebelahan penyanyi Inggeris Tony Sheridan untuk lagu , "My Bonnie".
Kaedah ini membawa perhatian kepada Brian Epstein, pembawa kejayaan mereka pada masa depan. Epstein turut menjadi pengurus mereka pada Januari 1962. Dengan itu, Ringo Starr mengantikkan Best pada Ogos itu juga. Dalam bulan Oktober pula, lagu mereka , "Love Me Do" merupakan hit pertama mereka dengan tempat ke-17 dalam lingkungan UK Singles Chart pada 1962 dan bersama-sama dengan US pula setahun nanti dengan tempat pertama dalam US Billbord Hot 100 Charts.
Kebangkitan mereka dalam bidang muzik juga menyumbang kepada "Beatlemania" yang semakin berleluasa pada zaman itu. Peminat dan pelapor akhbar mengenali Paul sebagai "Beatle yang comel" ; walau bagaimanapun beliau tidak suka dipanggil sebegitu.[1]
Pada Ogos 1965, The Beatles telah mengeluarkan lagu dikomposi McCartney iaitu "Yesterday", yang mempunyai ciri-ciri string quartet dalam lagunya dan dikeluarkan dalam album Help! LP, lagu ni jufa merupakan lagu pertama kumpulan mereka menggunakan elemen alat permainan klasik dan rekord yang mengandungi satu ahli sahaja. Selain itu, lagu "Yesterday" merupakan antara lagu yang paling dinyanyikan oleh orang ramai dalam sejarah muzik ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.