Embolisme ialah penyumbatan yang disebabkan oleh embolus, iaitu bahan yang menyebabkan penyumbatan, di dalam saluran darah.[1] Embolus tersebut mungkin berupa darah beku (trombus), globul lemak (embolisme lemak), gelembung udara atau gas lain (embolisme udara), bendalir amnion (embolisme bendalir amnion), atau bendasing.
Embolisme | |
---|---|
Mikrograf bahan embolik di arteri buah pinggang. Buah pinggang tersebut dibuang melalui pembedahan kerana kanser. Pewarnaan H&E. | |
Pengkhususan | Pembedahan vaskular |
sunting |
Embolisme boleh menyebabkan penyumbatan aliran darah secara sebahagian atau keseluruhan dalam saluran yang terjejas.[2] Penyumbatan sedemikian (oklusi vaskular) boleh menjejaskan bahagian badan yang jauh dari asal embolus. Embolisme yang berlaku oleh sebab embolus dari trombus dipanggil tromboembolisme.
Embolisme biasanya merupakan kejadian patologi disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Kadangkala ia dicipta dengan sengaja untuk tujuan terapeutik, seperti untuk menghentikan pendarahan atau membunuh tumor kanser dengan menghentikan bekalan darahnya. Terapi sedemikian dipanggil embolisasi.
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.