Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Workers' Party) merupakan parti politik berhaluan kiri di Malaysia.
Remove ads
Parti ini ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Ganga Nayar, yang gagal memenangi kerusi yang ditandinginya iaitu kawasan Parlimen Sungai Besi dan DUN Sungai Way pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 ke-5.
Selepas pilihanraya di tahun 80an, parti ini telah dorman dan tidak bertanding mana-mana pilihanraya. Nama parti ini naik semula pada tahun 2015, semasa berlaku kejadian di mana sebahagian bekas ahliParti Islam Se-Malaysia yang telah keluar parti itu, cuba mendaftar sebuah parti baru dengan nama Parti Progresi Islam, tetapi ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana penggunaan perkataan Islam. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan. [1]
Berikutan dengan itu, gerakan Harapan Baru mengambil keputusan untuk mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, dan dilancarkan semula sebagai Parti Amanah Negara yang diadakan dalam satu majlis yang diadakan pada 16 September 2015.[2], [3]
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads