From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Komunis Nepal (Maois) (Bahasa Nepal: नेपाल कम्युनिष्ट पार्टी (माओवादी) Nepāl Kamyuniṣṭ Pārṭī (Māovādī), bahasa Inggeris: Communist Party of Nepal (Maoist) , CPN (M)) ialah sebuah parti politik berfahaman Maoisme di Nepal yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan dipimpin Pushpa Kamal Dahal (atau lebih dikenali sebagai Prachanda). Parti ini menjadi parti terbesar di Pilihan Raya Dewan Perwakilan Rakyat Nepal 2008.
Pari Komunis Nepal (Maois) | |
---|---|
Pemimpin | Prachanda |
Ditubuhkan | 1994 |
Ibu pejabat | Kathmandu |
Ideologi | Komunisme, Marxisme-Leninisme-Maoisme-Prachanda Path, |
Penggabungan antarabangsa | Pergerakan Internasionalisme Revolusi, CCOMPOSA |
Laman sesawang | |
http://www.cpnm.org/ |
CPN (M) ditubuhkan berikutan perpecahan dalam Parti Komunis Nepal (Pusat Perpaduan) dan memakai nama 'CPN (Pusat Perpaduan)' sehingga tahun 1995. Pada 13 Februari 1996, CPN (M) melancarkan "Perang Rakyat Nepal", dan menguasai kawasan perkampungan di negara sebelum mencapai gencatan senjata.
Pada tahun 2001, Tentera Nepal melancarkan kempen tentera menentang pejuang Maois, khususnya di bahagian barat negara, namun adanya beberapa kali gencatan senjata sementara.
Pada tahun 2008, CPN (M) memenangi blok undian terbesar di pilihan raya Dewan Perwakilan Rakyat. Pemerhati antarabangsa, seperti Kumpulan Carter berkata bahawa pilihan raya ini diadakan secara "aman dan teratur" serta "memuaskan"[1]
Parti | Tentera Rakyat | Barisan Bersatu | |
---|---|---|---|
Jawatankuasa tetap | Suruhanjaya ketenteraan pusat | Jawatankuasa daerah rakyat bersatu | |
Politburo | Suruhanjaya ketenteraan setempat | Jawatankuasa kawasan rakyat bersatu | |
Jawatankuasa pusat | Suruhanjaya ketenteraan subkawasan | Jawatankuasa kampung rakyat bersatu | |
Biro setempat (lima) | Suruhanjaya ketenteraan daerah | Jawatankuasa wad rakyat bersatu | |
Biro subkawasan (di kawasan tertentu, biro subkawasan khas) | Batalion sementara | ||
Jawatankuasa daerah | Kompeni | ||
Jawatankuasa kawasan | Platun | ||
Jawatankuasa sel | Skuad (tentera awam berasingan juga wujud di bawah jawatankuasa kampung rakyat bersatu) |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.