Park Ji-hyo

From Wikipedia, the free encyclopedia

Park Ji-hyo

Park Ji-soo (Hangul: 박지효; lahir 1 Februari 1997) yang lebih dikenali sebagai Jihyo ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ketua dan penyanyi vokal utama kumpulan K-pop wanita, Twice yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti popular pada 2015 iaitu Sixteen.

Fakta Segera Jihyo, Kelahiran ...
Jihyo
박지효
Thumb
Jihyo pada 2023
Kelahiran
Park Ji-soo

(1997-02-01) 1 Februari 1997 (umur 28)
Kerjaya muzik
GenreK-pop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–sekarang
Syarikat rakaman
JYP Entertainment
Pengkarya berkait
Tutup
Fakta Segera Hangul, Perumian Semakan ...
Hangul박지효
Perumian SemakanPark Ji-hyo
McCune–ReischauerPak Jihyo
Tutup

Jihyo mengeluarkan debut extended play (EP) Zone dan lagu utamanya "Killin' Me Good" pada Ogos 2023. EP itu muncul di tempat pertama dalam Circle Album Chart di Korea Selatan dengan 584,225 album terjual pada minggu pertama. Ia juga debut di nombor 14 di Billboard 200 di Amerika Syarikat.

Kehidupan awal

Jihyo lahir pada 1 Februari 1997 di Guri, Gyeonggi, Korea Selatan.[1] Ketika Jihyo berada dalam gred tiga, beliau mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan Junior Naver dengan membawa peranan sebagai kanak-kanak. Selepas memenangi tempat kedua, bakat beliau telah dikesan oleh JYP Entertainment.[2] Beliau secara rasminya menyertai syarikat ini pada 15 Julai 2005 sebagai seorang pelatih yang paling muda selama 10 tahun. Beliau dijadualkan untuk membuat kemunculan pertama dalam kumpulan wanita, 6mix sebelum mengambil bahagian dalam rancangan Sixteen.[3]

Kerjaya

Pada tahun 2015, Jihyo muncul dalam video muzik miss A, "Only You." Sebelum kemunculan pertamanya, beliau bersama Nayeon merupakan antara pelatih yang muncul dalam banyak iklan. Jihyo dikenali sebelum kemunculan pertamanya sebagai wajah jenama remaja Innisfree, "TN" bersama kumpulan lelaki, Boyfriend dan kemudiannya bersama Nayeon.

Jihyo diumumkan sebagai salah seorang peserta pertandingan Sixteen untuk menentukan ahli ahli kumpulan wanita JYP yang baru.[4] Rancangan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada ahli Twice. Pada 20 Oktober, Jihyo membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli Twice menerusi album mini, The Story Begins dan lagu Like OOH-AHH.[5]

Jihyo berkolaborasi bersama Jung Eun-ji dari Apink dan Ben untuk bahagian pertama projek istimewa, Inkigayo, "Inkigayo Music Crush". Lagu mereka bertajuk "The Reason I Got Pretty" dikeluarkan pada 6 November 2016.[6]

Filemografi

Video muzik

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Artis
2015 "Only You" Miss A
2016 "Fire" J.Y. Park
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.