superorder ikan From Wikipedia, the free encyclopedia
Batoidea ialah superorder bagi ikan berawan, yang sering dipanggil pari. Ia dan saudara rapatnya, yu, membentuk subkelas Elasmobranchii. Pari adalah kumpulan terbesar ikan berawan, dengan lebih 600 spesies dalam 26 keluarga. Pari dibezakan dengan tubuh meleper, sirip dada membesar yang bercantum dengan kepala, dan lekah insang yang terletak di permukaan depan.
Batoidea Julat zaman: [1] | |
---|---|
Pari setan gergasi, Mobula mobular | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Chondrichthyes |
Klad: | Neoselachii |
Superorder: | Batoidea Compagno, 1973 |
Order | |
| |
Sinonim | |
|
Lebih 600 spesies didapati bertaburan di kedua-dua air tawar dan laut baik yang dalam, mahupun yang cetek di kawasan tropika.[2]
Batoid ini bertubuh leper, dan merupakan ikan berawan sama seperti yu, bermaksud ia mempunyai rangka tanpa tulang yang dibina daripada rawan mulur yang tegar. Kebanyakan batoid mempunyai lubang depan menutupi insang di bahagian bawah badan ikan: banyak spesies pari mempunyai lima lubang manakala spesies keluarga Hexatrygonidae mempunyai enam lubang.
Berhampiran pangkal ekor pari terdapat sengat sekitar 8-inci yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikel (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila pari berasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa. Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan, mengikut pada Makmal Mote Marine. Pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, pari akan gunakan sengatnya sebagai suatu bentuk pertahanan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Muzium Sejarah Semula Jadi Florida. "Walaupun ditikam oleh ekor pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia."
Telur-telur pari disenyawakan dari dalam yang dapat mengelakkan dimangsakan serta memelihara benih jantan dan tenaga yang digunakan sepenuhnya semasa pembiakan.[3]
Spesies-spesies pari dapat digolongkan kepada empat kelompok utama:
Order | Gambar | Bil. keluarga | Bil. genus | Bil. spesies | Ulasan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jumlah | ||||||||
Myliobatiformes | 10 | 29 | 223 | 1 | 16 | 33 | [lower-alpha 1][4] | |
Rajiformes | 5 | 36 | 270 | 4 | 12 | 26 | [lower-alpha 2] | |
Torpediniformes | 4 | 12 | 69 | 2 | 9 | [lower-alpha 3][5] | ||
Rhinopristiformes | 1 | 2 | 5-7 | 3-5 | 2 | [lower-alpha 4][6] |
Order Torpediniformes
Order Rhinopristiformes
* penempatan bagi keluarga ini tidak tentu
Order Rajiformes
Order Myliobatiformes
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.