Album ke-5 Siti Nurhaliza From Wikipedia, the free encyclopedia
Pancawarna[5] merupakan album studio kelima Siti Nurhaliza, dilancarkan pada 7 Mei 1999 oleh Suria Records. Pancawarna merupakan kesinambungan kepada Adiwarna. Antara single yang menjadi perhatian ramai adalah "Nian di Hati", "Engkau Bagaikan Permata", "Kau Kekasihku", dan "Seribu Kemanisan".
Pancawarna | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 7 Mei 1999 [1] | |||
Dirakamkan pada | 1998-1999 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 49:00 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penerbit | Azmeer, Zulkefli Majid, Helen Yap, Adnan Abu Hassan, Siso, Mark Wong, Ajai, Ross Ariffin, Alfa/Rummie & Salman | |||
Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Single daripada Pancawarna | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Penarafan profesional | |
---|---|
Markah ulasan | |
Sumber | Taraf |
Discogs | [2] |
Harian Metro | [3] |
New Straits Times | [4] |
Dalam album ini juga termuatnya lagu bertajuk "Lelaki (warkah seorang anak)" yang didedikasikan kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.[1]
Pancawarna amat kuat dipengaruhi oleh Siti, yang turut terlibat dalam penulisan lagu dalam album kelimanya. Hampir semua lagu yang di dalam album ini benar-benar mencabar persembahan vokal Siti dan lagu yang paling ketara ialah “Kurniaan dalam Samaran” dan “Nian di Hati”. Di dalam lagu Lembaran Cinta Pudar, Siti memuatkan monolog ringkas yang memberikan intrig kepada pendengar.
Pancawarna dikeluarkan pada 7 Mei 1999 dan mendapat sambutan positif dengan jualan tertinggi sebanyak 100, 000 unitndan ia juga menduduki tangga pertama di carta album RIM.[6] Di samping itu, muzik video untuk lagu “Nian di Hati”, “Kau Kekasihku” dan “Engkau Bagaikan Permata” dikeluarkan.
Sepertimana empat album Siti Nurhaliza sebelum ini, album Pancawarna juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza.
Menurut Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail, Pancawarna merujuk kepada kepelbagaian gaya muzik yang dimuatkan di dalam album ini.[7] Album ini menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Saniboey dari Harian Metro memberikan tiga bintang untuk album ini.[3] Beliau mengulas album itu ketinggalan sasarannya, tidak konsisten dengan melodinya, dan terlalu licik.[3] Zainal Alam Kadir dari New Straits Times memberikan tiga separuh bintang.[4] Beliau mengulas pendapat Saniboey berhubung kemunculan genre balada meruntun jiwa di dalam album, tetapi tidak berasa ragu-ragu dengan vokal Siti.[4] Dalam ulasan positif oleh Marina dari The Malay Mail, beliau mengulas vokal Siti dan bagaimana Siti membawakan vokalnya di dalam album.[7]
Kulit album Pancawarna menampilkan empat slaid gambar Siti Nurhaliza yang mana beliau menggayakan kemeja-t panjang berwarna kuning. Fotografi bagi kulit album ini dirakamkan oleh Bustamam.[8]
No. | Tajuk | Penulis | Masa | |
---|---|---|---|---|
1. | "Nian di Hati" | Azmeer, Azam Dungun | 5:21 | |
2. | "Seribu Kemanisan" | Zulkefli Majid, Azlan Abu Hassan | 4:59 | |
3. | "Engkau Bagaikan Permata" | Helen Yap, Sham Amir Hussain & Siti Nurhaliza | 5:09 | |
4. | "Salju Kasih-Nya" | Adnan Abu Hassan, Hani MJ | 4:37 | |
5. | "Lelaki (warkah seorang anak)" | Siso Kopratasa, Habsah Hassan | 4:37 | |
6. | "Kedamaian" | Mark Wong, Hani MJ | 4:54 | |
7. | "Kau Kekasihku" | Ajai, Alam Maya | 5:24 | |
8. | "Kurniaan Dalam Samaran" | Ross Ariffin, S. Amin Shahab | 4:21 | |
9. | "Langkah Di Persada" | Rickie Koes, Tisya | 4:36 | |
10. | "Lembaran Cinta Pudar" | Salman, Habsah Hassan | 5:33 |
Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Pancawarna.[8]
|
|
Album
Single
Tahun | Tajuk | Kedudukan tertinggi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Radio Muzik | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | |||||||
1999 | 3 | 2 | - | 1 | ||||||
1 | 1 | - | 1 | |||||||
15 | - | - | 4 | |||||||
17 | 14 | - | - | |||||||
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2000 | Kau Kekasihku | Lagu Balada Terbaik | Menang |
Nian di Hati | Lagu Balada Terbaik | Tercalon | |
Engkau Bagaikan Permata | Lagu Pop Rock Terbaik | Menang |
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
---|---|---|---|
2001 | "Kau Kekasihku" | Pilihan Kegemaran untuk Lagu Balada | Menang |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.