baka anjing dari Poland From Wikipedia, the free encyclopedia
Ogar Poland[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing pemburu yang asli di Poland.[1][2] Ogar Poland mempunyai deria bau tajam. Deria kuat ini yang tergabung dengan ketahanan yang diperlukan untuk berburu di persekitaran mencabar membawa kepada penggunaannya dalam perburuan sementara reputasinya menjadikannya popular dalam kalangan bangsawan Poland.
Negara asal | Poland | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sebutan pertama bagi ogar Poland ditemukan dalam buku The beginnings of the natural history and farming of the national domestic and wild animals karya Krzysztof Kluk (1779).[3] Menurut para sejarawan, ogar Poland berkembang melalui pembiakbakaan silang antara anjing pemburu darah (anjing pemburu Santo Hubert) yang diimport ke Poland pada Zaman Pertengahan dengan anjing-anjing pemburu tempatan. Jan Szytier (1819) menulis tentang "ogar Poland" dan "anjing pemburu Poland" dalam karya beliau "Panduan Perburuan" (Poradnik Myśliwych).[4] Perang Dunia Kedua menyebabkan kemerosotan populasi ogar Poland. Percubaan untuk memulihkan baka ini membawa kepada kebangkitan dua jenis: bertulang ringan (dibiakbakakan oleh Kolonel Józef Pawłusiewicz) dan bertulang berat (dibiakbakakan oleh Kolonel Piotr Kartawik). Yang bertulang berat diiktiraf oleh FCI sebagai "Ogar Polski" pada tahun 1966.[4]
Ogar Poland mencapai ketinggian 55–65 sentimeter (22–26 in). Jantannya berukuran seberat 25–32 kg (55–71 lb) sementara betinanya pula seberat 20–26 kg (44–57 lb).
Ogar Poland memiliki jangka hayat sekitar 13 hingga 14 tahun.[5][sumber lebih baik diperlukan] Sebagai baka bersaiz sederhana, ogar Poland kerap diperihalkan sebagai anjing kuat dan anggun dengan struktur tulang berkuasa.[6] Pewarnaan anjing-anjing ini kerap terdiri daripada gabungan belah bawah perang dan hitam di atas yang menganjur dari leher ke ekor. Baka ini mempunyai lapis bulu ganda tebal, yang memastikan sifat tahan air pada lapisan kulit luar dan lapisan kulit bawah. Suara ogar Poland kerap disebut sebagai suara bergema dan murni[7] yang menjadikannya anjing pemburu unggul. Ogar Poland matang dengan perlahan. Ogar Poland yang cerdas dan mudah dilatih terkenal sebagai haiwan tenang, mesra, dan anjing peliharaan hebat. Dengan keramahan sesama baka lain dan kesetiaan, anjing ini juga kuat melindungi tanahnya. Tidak ada pendapat jelas tentang kesesuaiannya sebagai anjing pengawal. Ramai berhujah bahawa sifat perlindungan wilayahnya menjadikannya sesuai untuk pertahanan menentang penceroboh, sementara yang lain menyatakan bahawa sifat pasifnya menjadikannya tidak berbahaya kepada orang baharu. Sebagai anjing yang tahan lasak terhadap persekitaran oleh sebab asal usul kegunaannya, ogar Poland cepat menyesuaikan diri kepada persekitaran baharu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.