From Wikipedia, the free encyclopedia
Ubur-ubur (Jawi: اوبور٢, juga obor-obor) atau ampai-ampai (Jawi: امڤاي٢) merupakan haiwan yang tergolong dalam filum Cnidaria termasuk dalam kelas Skifozoa. Ia juga digunakan bagi merujuk kepada kelas biologi yang berkait dengan medusa (hidrozoa) dan ampai-ampai kotak (Cubozoa). Hampir kesemua ampai-ampai tinggal di laut dan walaupun mereka kekurangan struktur, organ mereka mempunyai ciri-ciri tisu khas.
Ubur-ubur Obor-obor Ampai-ampai | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | Medusozoa |
Order: | (sila lihat di bawah) |
Keluarga: | Rencana am |
Subspesies: | Susunan: Stauromedusae Coronatae Semaeostomeae Rhizostomae |
Bentuk ampai-ampai dewasa terdiri daripada 95-99% air. Kesemua spesies terdapat di kesemua lautan dunia, kecuali beberapa spesies yang tinggal di air tawar. Kebanyakan ampai-ampai terapung bebas yang makan ikan dan zooplankton kecil yang terperangkap dalam sesungut mereka. Ampai-ampai mempunyai sistem penceranaan yang tidak lengkap, bererti bukaan yang sama digunakan untuk memasukkan makanan dan mengeluarkan najis. Mereka merupakan Coelenterates yang bererti "perut lopong" (hollow gut), dan terdiri daripada lapisan kulit epidermis, gastrodermis dan lapisan seperti gel yang dipanggil mesoglea yang memisahkan epidermis dari gastrodermis.
Ampai-ampai berenang dengan kuasa denyutan yang dikawal oleh otot-otot dan sarafnya. Alat pengimbang udara yang terdapat pada tubuhnya membolehkan ampai-ampai terus terapung atau tenggelam. Sesungut yang terdapat pada ampai-ampai digunakan sebagai senjata dengan menyengat mangsanya. Ikan dan juga manusia boleh menjadi lumpuh jika terkena sengatan ampai-ampai ini.
Terdapat banyak spesies ubur-ubur yang selamat dimakan manusia seperti Stomolophus meleagris,[1][2] Catostylus mosaicus,[3][4][5] serta Rhopilema esculentum dan Rhopilema hispidum; kedua-dua spesies Rhopilema disebut ini yang paling banyak dituai dan dimakan di negara-negara alam Cina yakni China, Jepun dan Korea.[6][1] Penangkapan ubur-ubur ini semakin digalakkan kerana potensinya sebagai suatu sumber makanan laut yang lebih mapan.[7]
Gen yang memendarkan badan spesies ubur-ubur tertentu dapat diperolehi untuk memunculkan sifat sama dalam sel atau tisu biologi yang dilakukan kerja pemerhatian dan penyelidikan. Teknik ini mula dikembangkan dari penemuan oleh protein-protein pendarfluor hijau dan aekuorin dari spesies Aequorea victoria oleh Osamu Shimomura tahun 1961,[8] berjaya disuntikkan dalam sel untuk tujuan pemerhatian oleh Martin Chalfie[9] dan dikembangkan lanjut Roger Tsien; ketiga-tiga mereka memenangi Hadiah Nobel dalam Kimia atas kerjasama membaharu ini.[8]
Illustrasi medusa oleh ahli biology German Ernst Haeckel:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.