From Wikipedia, the free encyclopedia
Notre-Dame de Paris (bahasa Inggeris: The Hunchback of Notre-Dame - "Si Bongkok Notre-Dame" ) ialah sebuah novel berbahasa Perancis nukilan Victor Hugo serta terbit pada tahun 1831. Nama novel ini merujuk kepada Katedral Notre-Dame di Paris yang menjadi latar tempat keseluruhan jalan cerita ia. Novel ini terdiri daripada 39 bab yang setiap satu daripadanya mempunyai panjang yang berbeza-beza.
Umum | |
---|---|
Pengarang | Victor Hugo |
Negara | France |
Bahasa | bahasa Perancis |
Genre | Romanticism, Gothic fiction |
Latar | Paris, 1482 |
Penerbitan | |
Penerbit | Gosselin |
Tarikh penerbitan | 16 Mac 1831 |
Jenis media | Cetakan keras |
Halaman | 940, dalam 3 jilik |
Kawalan kewibawaan | |
843.7 |
Novel ini dianggap penting kerana pertama kalinya menggambarkan keseluruhan lapisan masyarakat yang berkaitan dengan latar tempat ini. Kemayhuran karya ini juga memulakan kesedaran dan cetusan pemuliharaan sejarah terhadap senibina yang wujud pada zaman Pertengahan di Perancis, terutamanya Katedral Notre-Dame yang utuh wujud sehingga hari ini.
Victor Hugo mula menulis novel ini pada tahun 1829 setelah memerhatikan keadaan seni bina Katedral Notre-Dame di pusat bandar Paris yang pada ketika itu berada dalam keadaan terbiar atau diubahsuai dengan bahagian dengan seni bina yang lebih moden (yang menurutnya dilihat sebagai sungguh janggal, menyedihkan dan menyakitkan mata); maka beliau menulis novel ini sebagai suatu wahana untuk menyedarkan orang ramai semasanya mengenai keindahan rumah ibadat masyarakatnya - butiran mengenai binaan dan hiasan dari tugu-tugu sehingga ke tingkap kaca berwarna-warninya dituliskan secara terperinci bagi tujuan ini.
Beliau membuat persetujuan dengan penerbitnya, Gosselin, untuk menyiapkan manuskripnya pada lewat tahun sama, namun beliau terpaksa menangguh kerana kesibukannya dengan projek-projek lain lagi-lagi dengan keadaan politik Perancis yang begitu bergolak pada ketika itu; novel tersebut akhirnya dapat disiapkan pada Disember 1830.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.