Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nordiana Mohd Naim atau lebih dikenali sebagai Diana Naim atau Ina Naim, (lahir 19 Mac 1984) adalah seorang penyanyi yang berasal dari Johor, Malaysia.
Ina Naim | |
---|---|
Kelahiran | Nordiana binti Mohd Naim 19 Mac 1984 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2000–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 4 |
Beliau dilahirkan pada 19 Mac 1984 [nota 1] di Muar, Johor namun dibesarkan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor. Beliau mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia .
Diana pernah bertunang dengan Mawi pada 10 Februari 2004, namun putus pada 10 Julai 2006. Namun setahun selepas itu, Diana telah berkahwin dengan Suhaimi Saad yang juga bekas anggota kumpulan In-Team pada 12 Ogos 2007.[1] [2] Hasil perkahwinan tersebut, beliau dan Suhaimi dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie (2008), Salman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014).
Diana telah belajar vokal dengan Syafizawati Sharif yang terkenal dengan panggilan Cikgu Syafi, bekas guru vokal Akademi Fantasia musim keempat.
Diana pernah mucul dalam album kompilasi raya Hijjaz, Lembaran Syawal menerusi lagu Tak Punya Siapa dan berpadu suara dalam Joget Lebaran. Diana menghasilkan album mini solonya, Duhai Hati yang menampilkan beberapa penggubah ternama tanah air seperti anggota kumpulan Hijjaz, Fauzi Marzuki dan Yasin sebagai pencipta lagu dan penulis lirik.
Diana khabarnya telah mengambil keputusan mahu bersara daripada bidang nyanyian. Lagipun, kontraknya bersama Hijjaz Record Sdn. Bhd. sudah tamat. Sebaliknya, beliau mungkin berlakon atau menjadi pengacara.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.