Nmixx
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nmixx (Hangul: 엔믹스; RR: Enmikseu; MR: Enmiksŭ; digayakan sebagai NMIXX; dahulunya dikenali sebagai JYPn) ialah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh SQU4D, sub-label JYP Entertainment. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli: Lily, Haewon, Sullyoon, Bae, Jiwoo dan Kyujin. Pada asalnya tujuh orang, Jinni meninggalkan kumpulan ini pada 9 Disember 2022. Kumpulan ini debut pada 22 Februari 2022 dengan album single pertama mereka Ad Mare.
Nmixx | |
---|---|
![]() Nmixx pada bulan April 2023 Kiri-Kanan: Bae, Jiwoo, Sullyoon, Kyujin, Haewon dan Lily | |
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | K-pop |
Tahun aktif | 2021 | –sekarang
Syarikat rakaman |
|
Laman sesawang | nmixx |
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Nama
Nama Nmixx menggabungkan huruf "N", yang bermaksud "now (sekarang)", "new (baru)", "next (seterusnya)" dan "n" yang tidak diketahui dan perkataan "mix (campuran)" yang melambangkan gabungan dan kepelbagaian, sama sekali bermaksud "gabungan terbaik untuk era baru".[1]
Sejarah
2021–2022: Pengenalan, debut dengan Ad Mare, Entwurf dan Jinni meninggalkan kumpulan

Pada 9 Julai 2021, JYP Entertainment mengumumkan kumpulan wanita baharu akan memulakan debut pada Februari 2022, yang pertama sejak Itzy pada tahun 2019.[2] Dari 16 Julai hingga 25 Julai, JYP Entertainment menyediakan pra-pesanan untuk edisi terhad pakej debut kumpulan ini, bertajuk Blind Package, yang termasuk album debut kumpulan dan bahan berkaitan album.[3][4] Para ahli telah didedahkan melalui pelbagai video tarian dan cover lagu dari 6 Ogos hingga 19 November (mengikut urutan: Jinni, Jiwoo, Kyujin, Sullyoon, Bae, Haewon dan Lily)[5][6]
Pada 26 Januari 2022, JYP Entertainment mengumumkan nama kumpulan ini sebagai Nmixx, sebelum itu dipanggil JYPn.[7] Pada 2 Februari, diumumkan bahawa mereka akan debut pada 22 Februari dengan perilisan Ad Mare.[8] Pada 18 Februari 2022, JYP Entertainment mengumumkan bahawa showcase debut kumpulan ini, yang pada asalnya dijadualkan pada 22 Februari, akan ditunda ke 1 Mac selepas Bae disahkan positif COVID-19.[9] Nmixx bekerjasama dengan DreamWorks Animation Gabby's Dollhouse untuk mengeluarkan versi Bahasa Korea "Hey Gabby!" bersama dengan lagu "Sparkling Party" pada 2 Mei.[10] Mereka juga mengambil bahagian dalam Projek Ribbon's Summer Vacation Project, bersama-sama dengan Fromis 9 dan Oh My Girl Banhana untuk membuat cover lagu "Kiss" dari kumpulan Rainbow, ia merupakan lagu daripada mini album debut mereka Gossip Girl yang dikeluarkan pada tahun 2009. Lagu itu dikeluarkan pada 31 Julai.[11]
Pada 19 September, Nmixx mengeluarkan album single kedua mereka Entwurf dengan single utama "Dice".[12] Kumpulan ini mengeluarkan single "Intermixxion" pertama dan lagu Krismas pertama mereka, bertajuk "Funky Glitter Christmas" pada 23 November.[13]
Pada 9 Disember 2022, JYP Entertainment mengumumkan bahawa Jinni telah meninggalkan kumpulan ini dan menamatkan kontraknya atas sebab peribadi dan Nmixx akan meneruskan sebagai kumpulan enam orang ahli.[14]
2023–sekarang: Album mini dan jelajah showcase
Pada 20 Mac 2023, Nmixx mengeluarkan album mini pertama mereka bertajuk Expérgo[15] dengan tajuk lagu "Love Me Like This". Mereka akan memulakan Nice to MIXX You Showcase Tour, yang terdiri daripada 13 tarikh di seluruh Amerika Syarikat dan Asia, bermula pada bulan Mei.[16] Pada 31 Mei, dilaporkan bahawa JYP Entertainment telah mengembangkan perkongsian mereka dengan Republic Records untuk memasukkan Nmixx, bersama-sama dengan Xdinary Heroes, dalam perjanjian label strategik mereka, yang sebelum ini termasuk Twice, Itzy dan Stray Kids.[17] Pada 11 Julai 2023, Nmixx mengeluarkan album single ketiga mereka A Midsummer Nmixx's Dream yang terdiri daripada empat buah lagu, termasuk lagu pra-keluaran "Roller Coaster" yang ditulis dan digubah oleh J. Y. Park dan tajuk lagu "Party O'Clock"..[18] Pada 15 Januari 2024, Nmixx mengeluarkan album mini kedua mereka Fe3O4: Break.[19]
Ahli
Semasa
Bekas ahli
- Jinni (지니 ) – Vokalis, penari, penyanyi "rap"[20]
Diskografi
Album mini
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta |
Jualan | Pensijilan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
KOR [22] |
JPN [23] |
US [24] |
US World [25] | ||||
Expérgo |
|
2 | 8 | 122 | 5 | ||
Fe3O4: Break |
|
Akan diumumkan | |||||
Album single
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta |
Jualan | Pensijilan | |
---|---|---|---|---|---|
KOR [29] |
JPN Hot [30] | ||||
Ad Mare |
|
1 | — |
|
|
Entwurf |
|
1 | 53 |
|
|
A Midsummer Nmixx's Dream |
|
3 | — |
|
|
Single
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Album | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
KOR [33] |
KOR Billb. [A][34] |
JPN Hot [35] |
MLY [36] |
MLY Songs [37] |
SGP [38] |
SGP Songs [39] |
VIE Hot [40] |
WW [41] | |||
"O.O" | 2022 | 81 | 63 | 42 | 8 | 17 | 16 | 18 | 38 | 138 | Ad Mare |
"Dice" | 49 | 16 | 56 | — | — | 20 | 23 | 74 | 155 | Entwurf | |
"Funky Glitter Christmas" | —[B] | — | — | — | — | — | — | — | — | Single bukan-album | |
"Young, Dumb, Stupid" | 2023 | 50 | — | — | — | — | —[C] | — | — | — | Expérgo |
"Love Me Like This" | 11 | 11 | — | — | — | 30 | — | — | — | ||
"Roller Coaster" | 100 | 23 | — | — | — | — | — | — | — | A Midsummer Nmixx's Dream | |
"Party O'Clock" | 139 | — | — | — | — | — | — | — | — | ||
"Soñar (Breaker)" | 142 | — | — | — | — | — | — | — | — | Fe3O4: Break | |
"Dash" | 2024 | Akan diumumkan | |||||||||
Single promosi
Penampilan runut bunyi
Tajuk | Tahun | Album |
---|---|---|
"Hey Gabby!" (안녕 개비! ) | 2022 | Gabby's Dollhouse OST x Nmixx |
"Sprinkle Party" (스프링클 파티 ) | ||
Videografi
Video muzik
Tajuk | Tahun | Pengarah | Ref. |
---|---|---|---|
"O.O" | 2022 | Digipedi | [45] |
"Dice" | Highqualityfish | [46] | |
"Funky Glitter Christmas" | Woonghui (wwhh) | [47] | |
"Young, Dumb, Stupid" | 2023 | Hong Jae-hwan, Hye-su (Swisher) |
[48] |
"Love Me Like This" | Beomjin pka Paranoid Paradigm | [49][50] | |
"Roller Coaster" | SOZE YOON (Studio Gaze) |
[51] | |
"Party O'Clock" | Kwon Yong-soo (Studio Saccharin) |
[52] | |
"Soñar (Breaker)" | SUI (A Years Production) |
[53] | |
"Dash" | 2024 | Lee Jun-yeop (K.U.W (Keep Us Weird)) |
[54] |
Filemografi
Rancangan web
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.