From Wikipedia, the free encyclopedia
Negara-negara Baltik (Estonia: Balti riigid , Latvia: Baltijas valstis , Lithuania: Baltijos valstybės , Rusia: Прибалтика (Pribaltika) lit. "Di Laut Baltik"), negara-negara Baltik adalah merujuk kepada tiga buah negara di Eropah Utara, kesemuanya merupakan anggota di dalam Kesatuan Eropah: Estonia, Latvia, dan Lithuania. Antara tahun 1918 dan 1920 selepas tamatnya Perang Dunia I, setelah berkurun-kurun lamanya berada di bawah kekuasaan luar, negara-negara Baltik wujud sebagai sebuah negara merdeka. Asalnya selepas tahun 1918, Finland dianggap sebagai salah sebuah negara-negara Baltik wujud bersama-sama dengan tiga buah negara lain di bawah keadaan yang serupa. Walau bagaimanapun pada hari ini Finland sering dikumpulkan di dalam negara-negara Nordik.
Negara-negara Baltik | |
---|---|
Ibu negara | Tallinn; Riga; Vilnius |
Bahasa-bahasa rasmi | Estonia; Latvia; Lithuania |
Keanggotaan | Estonia Latvia Lithuania |
Keluasan | |
• Jumlah | 175,015 km2 (67,574 bt2) (ke-91) |
2.23% (3,909 km²) | |
Populasi | |
• Perkiraan 2010 | 6,913,490 (ke-100) |
39.5/km2 (102.3/sq mi) (ke-172) | |
KDNK (PPP) | 2010 |
• Jumlah | $108.136 bilion[1] (ke-63) |
$15,665 (ke-56) | |
KDNK (nominal) | 2010 |
• Jumlah | $74.502 bilion[1] (ke-68) |
$10,792 (ke-67) |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.