Nasi jagung

Hidangan tradisi kaum etnik Jawa yang berasal daripada pulau Jawa From Wikipedia, the free encyclopedia

Nasi jagung

Nasi jagung (Jawi: ناسي جاڬوڠ) ialah suatu makanan khas Indonesia yang diperbuat daripada jagung sebagai bahan asasnya.[1] Jagung yang digunakan dalam membuat nasi jagung ialah jagung yang sudah tua. Di pasaran jagung tua tersebut mudah ditemukan kerana harganya yang relatif murah berbanding dengan harga jagung manis ataupun jagung muda. Nasi jagung sama dengan nasi putih biasa dimakan dengan lauk-pauk lainnya.

Fakta Segera Jenis ...
Nasi jagung
Thumb
JenisMakanan 
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Penyebaran

Nasi jagung terkenal di daerah Jawa, terkhusus orang-orang di Jawa Tengah dan Jawa Timur.[2] Contoh bandar yang terkenal dengan nasi jagungnya ialah Surabaya dan Madura. Nasi jagung ialah variasi nasi khas bagi masyarakat Madura. Walaupun demikian, nasi jagung juga terkenal di daerah-daerah luar, sebab orang-orang desa turut mengkonsumsi nasi tersebut, lantaran mahalnya nasi beras.[3] Nasi jagung juga menjadi pengambilan masyarakat di Flores, Sumba, dan Timor kerana ia makanan yang mudah dan sederhana untuk dimasak.[4]

Pemakanan

Nasi jagung dinilai mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi jika berbanding dengan nasi beras.[5] Nasi jagung lebih kaya akan vitamin (Vit. A, B1, B6, B12, C dan E), mineral (folat, kalsium, fosforus, natrium, zink) dan gentian. Dalam nasi jagung, pemakanan yang paling tinggi terkandung ialah magnesium (Mg). Prngambilan magnesium membantu mengurangi kemungkinan terdedah penyakit kencing dan darah tinggi.

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.