Myoui Mina (Bahasa Jepun: 名井 南; lahir 24 Mac 1997) lebih dikenali sebagai Mina ialah seorang penyanyi wanita Jepun yang berpangkalan di Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan K-pop wanita, Twice yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti tahun 2015, Sixteen. Pada tahun 2023, Mina debut di sub-unit pertama Twice, MiSaMo, bersama dua lagi ahli Jepun Twice: Momo dan Sana
Mina | |
---|---|
名井 南 | |
Kelahiran | Mina Sharon Myoui 24 Mac 1997 |
Kerakyatan | Jepun |
Kerjaya muzik | |
Genre | K-pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2015–sekarang |
Syarikat rakaman | JYP Entertainment |
Pengkarya berkait | |
Hangul | 묘이 미나 |
---|---|
Hanja | 名井 南 |
Perumian Semakan | Myoi Min-a |
McCune–Reischauer | Myoi Mina |
Kehidupan awal
Mina lahir pada 24 Mac 1997 di San Antonio, Texas dan berpindah ke Nishinomiya, Hyōgo ketika masih kecil. Beliau mempelajari tarian balet selama 11 tahun sebelum menyertai sekolah tarian Urizip untuk latihan tarian moden. Pada tahun 2013, beliau telah dihubungi oleh seorang staf JYP Entertainment semasa membeli belah bersama ibunya dan dijemput untuk menyertai JYP Entertainment Global. Beliau menjalani ujibakat JYP Entertainment di Jepun dan menyertai program pelatih di Korea Selatan pada 2 Januari 2014.[1]
Kerjaya
Pada tahun 2014, Mina muncul dalam video muzik GOT7, "Stop Stop It" dan Junho, "Feel" (Bahasa Jepun). Pada tahun berikutnya, beliau muncul dalam video muzik Wooyoung, "R.O.S.E." (Bahasa Jepun) dan miss A, "Only You".
Mina diumumkan sebagai salah seorang peserta pertandingan Sixteen untuk menentukan ahli ahli kumpulan wanita JYP yang baru.[2] Rancangan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada ahli Twice. Pada 20 Oktober, Mina membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli Twice menerusi album mini, The Story Begins dan lagu Like OOH-AHH.[3][4]
Filemografi
Video muzik
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.