mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia
Mukim Gadong 'B' ialah sebuah mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Mukim ini berkeluasan 2,459.62 hektar (6,077.9 ekar) dan mempunyai penduduk seramai 33,637 orang pada tahun 2016.[1][2] Mukim Gadong 'B' merupakan sebahagian daripada kawasan bandaran Bandar Seri Begawan.[3]
Pada asalnya mukim ini adalah sebahagian dari Mukim Gadong namun pada 21 November 2005 ianya telah dipecahkan menjadi dua mukim; mukim yang satu lagi ialah Mukim Gadong 'A'.[1]
Sejak 1 Ogos 2007, kawasan bandaran Bandar Seri Begawan telah diperluaskan yang mana keseluruhan kawasan Mukim Gadong 'B' adalah termasuk dalam kawasan perluasan tersebut.[3]
Kampung-kampung di bawah Mukim Gadong 'B' adalah seperti berikut:[2]
Kampung | Penduduk (2016) |
---|---|
Kampung Beribi | 5,679 |
Kampung Kiarong | 4,530 |
Kampung Kiulap | 3,400 |
Kampung Mata-Mata | 6,126 |
Kampung Menglait | 2,262 |
Kampung Pangkalan Gadong | 3,147 |
Kampung Perpindahan Mata-Mata | 2,385 |
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Kawasan 1 | 2,409 |
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Kawasan 2 | 1,791 |
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Kawasan 3 | 1,908 |
Jumlah | 33,637 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.