Kampung Perpindahan Mata-Mata
kampung di Daerah Brunei dan Muara, Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia
kampung di Daerah Brunei dan Muara, Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia
Kampung Perpindahan Mata-Mata ialah sebuah kampung di pinggir Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Ia merupakan salah salah satu kampung di bawah Mukim Gadong 'B' dalam Daerah Brunei dan Muara. Jumlah penduduk ialah seramai 2,241 orang pada tahun 2011.[2] Ketua kampung semasa ialah Pengiran Md. Salleh bin Pengiran Abdul Rahman.[3] Kampung Perpindahan Mata-Mata merangkumi sebuah kawasan perumahan perpindahan dan sebuah lagi kawasan perumahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati bagi kampung tersebut. Poskod bagi Kampung Perpindahan Mata-Mata ialah BE1918.[4]
Kampung Perpindahan Mata-Mata | |
---|---|
Koordinat: 4°53′52″N 114°53′07″E | |
Negara | Brunei |
Daerah | Brunei dan Muara |
Mukim | Gadong 'B' |
Penduduk (2016)[1] | |
• Jumlah | 2,385 |
Zon waktu | UTC+8 (BNT) |
Poskod | BE1918 |
Kampung Perpindahan Mata-Mata terletak di bahagian tengah Daerah Brunei dan Muara, iaitu di bahagian barat pinggir Bandar Seri Begawan. Ia berjiran dengan Kampung Mata-Mata di bahagian timur dan kawasan perumahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata di bahagian barat.[5]
Kampung Perpindahan Mata-Mata ditubuhkan pada tahun 1983 sebagai salah satu kawasan petempatan di bawah program perpindahan pada abad ke-20 iaitu program kerajaan bagi penduduk Kampong Ayer untuk berpindah dan menetap di darat,[6] dan juga petempatan semula bagi penduduk di beberapa kampung yang kehilangan tempat tinggal akibat kejadian kebakaran besar.[2] Penduduk yang berpindah ke kampung ini adalah dari Kampung Sumbiling Lama, Kampung Sumbiling Baru, Kampung Sungai Kedayan dan Kampung Sultan Lama iaitu kawasan-kawasan kejiranan di Kampong Ayer, dan juga Kampung Pulau Baru-Baru dan Kampung Pulau Berbunut di muara Sungai Brunei serta Kampung Bunut di Mukim Kilanas.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.