bahagian pentadbiran peringkat pertama utama (bahagian kecil pertama) Negara Brunei Darussalam From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Bahagian pentadbiran Brunei sidebar
Daerah di Brunei | |
---|---|
Kategori | Bahagian pentadbiran |
Lokasi | Brunei |
Bilangan | 4 |
Jumlah penduduk | 10,251 (Temburong) – 289,630 (Brunei-Muara) |
Keluasan | 571 km2 (220 bt2) (Brunei-Muara) – 2,727 km2 (1,053 bt2) (Belait) |
Kerajaan/pemerintah | |
Subbahagian |
Daerah ialah bahagian pentadbiran utama Brunei. Negara tersebut terbahagi kepada empat buah daerah, iaitu Brunei-Muara, Belait, Tutong dan Temburong. Temburong ialah sebuah eksklaf; ia secara fizikal terpisah daripada tiga daerah lain oleh Teluk Brunei dan negeri Sarawak, Malaysia. Setiap daerah mempunyai sebuah bandar sebagai pusat pentadbiran dan ekonomi utama, termasuk Brunei-Muara, di mana pusat utamanya ialah Bandar Seri Begawan, sebuah bandar raya dan ibu negara.
Negara Brunei sebelum ini mempunyai enam buah daerah, iaitu Brunei, Muara, Limau Manis (juga dikenali sebagai Ulu Brunei), Tutong, Belait dan Temburong.[1] Pada 1908 Brunei dan Limau Manis digabungkan, dan pada 1938 daerah-daerah ini disusun semua membentuk empat daerah yang terkini.[1]
Setiap daerah ditadbir oleh Jabatan Daerah, di mana Jabatan Daerah ialah jabatan pemerintah di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Ketua bagi setiap jabatan ini ialah Pegawai Daerah dan dilantik oleh pemerintah.[2]
Sesebuah daerah dibahagikan kepada mukim, dan seterusnya setiap mukim mempunyai beberapa buah kampong. Setiap Jabatan Daerah menguruskan mukim dan kampong di bawah daerah masing-masing.
Daerah | Ibu daerah | Penduduk (2016 census)[3] |
Kawasan (km2) |
Kawasan (batu persegi) |
Kepadatan penduduk (km2) |
Nombor mukim |
---|---|---|---|---|---|---|
Brunei-Muara | Bandar Seri Begawan (juga ibu negara Brunei) |
289,630 | 571 | 220 | Templat:Density | 18 |
Belait | Kuala Belait | 69,062 | 2,727 | 1,053 | Templat:Density | 8 |
Tutong | Pekan Tutong | 48,313 | 1,166 | 450 | Templat:Density | 8 |
Temburong | Pekan Bangar | 10,251 | 1,306 | 504 | Templat:Density | 5 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.