From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Dato' Seri Muhammad bin Ibrahim merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8. Beliau menggantikan Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada 2016. Pelantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Mei 2016.[1] Beliau mengemukakan peletakan jawatannya pada 6 Jun 2018.[2]
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Muhammad Ibrahim PSM, PJN (Malaysia); SPMS (Selangor); SJMK (Kelantan); DPMS (Selangor) | |
---|---|
Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8 | |
Dalam jawatan 1 Mei 2016 – 6 Jun 2018 | |
Didahului oleh | Zeti Akhtar Aziz |
Digantikan oleh | Nor Shamsiah Mohd Yunus |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1955 (umur 68–69) Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Tempat belajar | UIAM Universiti Malaya HKS, Harvard University HBS, Harvard University |
Laman web | Bank Negara Malaysia |
Muhammad Ibrahim merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) dari John F. Kennedy School of Government, Harvard University pada 1993. Beliau juga telah menjalani Program Pentadbiran Lanjutan di Harvard Bussiness School, Harvard University pada 2010. Beliau juga memproleh Diploma Pascasiswazah dalam Perbankan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dari Universiti Malaya.[3][4]
Beliau menyertai Bank Negara Malaysia pada 1984 dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Gabenor BNM pada Jun 2010.[5] Beliau juga merupaka Jawatankuasa dalam Penstabilan Kewangan dan Polisi Monetari.
Semasa khidmat beliau dalam BNM, beliau juga memegang beberapa jawatan dalam badan kerajaan dan syarikat seperti Ahli Lembaga Pengarah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada 2010 dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2012. Sewaktu Krisis Kewangan Asia 1997, beliau merupakan Pengarah Urusan Danamodal Nasional Berhad, sebuah agensi bertujan unutk permodalan semula.[6]
Semasa pencalonan untuk menggantikan tempat Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara yang ke-8. Terdapat beberapa kontroversi. Hal ini kerana terdapat campur tangan oleh kerajaan dengan memberi beberapa calon yang dianggap tidak sesuai oleh Lembaga Pengarah BNM dan Zeti sendiri. Zeti mencalonkan timbalan beliau, Muhammad Ibrahim sebagai pengganti beliau.
Zeti mencalonkan timbalan beliau sebagai penggantinya. Tetapi ada juga calon lain yang diberi oleh pihak kerajaan seperti Mohd Irwan Serigar Abdullah, Abdul Wahid Omar dan Awang Adek Hussin. Bagi Zeti, Muhammad Ibrahim merupakan calon yang terbaik. Pada 28 April 2016, keputusan muktamad telah dikeluarkan, Muhammad akan dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8 menggantikan tempat Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkuatkuasa 1 mei 2016 melalui sebuah kenyataan di Pejabat Perdana Menteri.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.