Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin (Lahir 18 Mei 1955) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia.
Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin SPMP (Perlis); PhD | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia[1] | |
Dalam jawatan 8 Jun 2020 – 7 Jun 2025 | |
Menteri | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Timbalan Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 2009–2013 | |
Menteri | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Menteri | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah | |
Dalam jawatan 2004–2006 | |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bachok | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Majoriti | 1,567 (PRU-11) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 18 Mei 1959 (68 tahun) |
Parti politik | ![]() ![]() |
Bidang pengkhususan | Ahli Akademik & Ahli Ekonomi |
Dilahirkan di Bachok, Kelantan, latar belakang pendidikan Awang Adek bermula di Sekolah Kebangsaan Perupok, Bachok Kelantan sebelum ke peringkat menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak.
Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Drew University, New Jersey, Amerika Syarikat dan bagi peringkat sarjana dan doktor falsafah di Wharton School, University of Pennsylvania Philadelphia.
Awang Adek mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan korporat termasuk sebagai Penolong Gabenor Bank Negara dari 1996 sehingga 2001.
Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain dipinjamkan ke Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan sebagai Ketua Pengarah yang pertama selama dua tahun bermula pada tahun 1996.
Awang Adek mula bergiat serius dalam politik apabila dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok pada tahun 2001.
Selain itu beliau turut diberi amanah memegang jawatan Bendahari UMNO Kelantan sejak tahun 2003. Pada tahun 2003 juga beliau dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO bahagian Bachok dan menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan peringkat bahagian tahun ini.
Pada pilihan raya umum 2004 Awang Adek telah diberi kepercayaan bertanding kerusi Parlimen Bachok dan berjaya menewaskan Wan Nik Wan Yusoff (Pas) dengan majoriti 6,272 undi.
Manakala pada pilihanraya umum tahun 2008, beliau bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen dan DUN. Namun beliau kalah di kedua-dua kerusi terbabit.
Beliau berkahwin dengan Datin Latifah Mohd Yusof dan dikurniakan lima orang anak iaitu Abdul Aziz, Norjasara, Ahmad Azran, Nur Ain dan Nur Nadira.
Pada 6 Mei 2010, Awang Adek selaku Timbalan Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan mungkin mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Tujuannya bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan. Hasil judi itu dapat digunakan untuk pembangunan sukan.Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.[2]
Pada 21 Disember 2011, Datuk Dr Awang Adek menjelaskan bahawa isu rasuah yang dibangkitkan oleh blog bernama 'Thewhistleblower711' pada 27 November 2011.Satu kontrak Jabatan Kerja Raya didakwa diberikan kepada satu syarikat milik seorang pemimpin bahagian Umno Johor. Kontrak itu menyediakan perkhidmatan kepada Bangunan Sultan Iskandar(Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin -CIQ). RM100,000 telah dibayar kepada akaun peribadi Awang secara berperingkat-peringkat untuk kontrak yang diluluskan pada November 2010 . Wang tunai itu dimasukksn ke akaun peribadi di sebuah bank di Bachok,Kelantan. Akaun bank peribadi itu dibuka pada 2004. Sumbangan dari syarikat dan individu itu dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah. Beliau mengakui tidak ada kena mengena dengan penganugerahan kontrak di Johor itu kerana ianya dibuat pada peringkat jawatankuasa dan beliau hanyalah seorang timbalan menteri. [3][4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.