Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohd Sayuti Omar (lahir 3 Februari 1960) merupakan penulis dan penganalisis politik semasa di Malaysia, terutamanya berkaitan politik di Kelantan. [1][2][3] Beliau juga merupakan seorang bekas penerbit akbar tabloid iaitu Siasah dan beberapa majalah tidak berkala pada era refromasi. Sebelum menerbit akhbar sendiri, beliau merupakan wartawan bebas dan menulis beberapa akhbar termasuk di akhbar arus perdana negara seperti Berita Minggu, Watan, Minggu Bumi dan Mingguan Tanah Air. Beliau pernah menyumbangkan tulisan budaya dan kreatif di akhar Waspada dan Analisa diterbitkan di Medan Indonesia. Kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 56 judul buku politik .
Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk Gaya tulisan tak tepat. (Januari 2023) |
Mohd Sayuti Omar | |
---|---|
Kelahiran | Kampung Gual Nibong, Rantau Panjang, Kelantan | 3 Februari 1960
Pasangan | Naimah Yaacob (k. 1983) |
Anak-anak | 5 |
Ibu bapa | Omar Othman Mek Thom Haji Salleh |
Mohd Sayuti Omar selain popular dengan MSO, beliau juga menggunakan nama samaran Utun Inji dan Elham Wirawan. Lahir di Kampung Gual Nibong, Rantau Panjang, Kelantan 3 Februari 1960. Beliau merupakan anak kepada Omar bin Othman dan ibu, Mek Thom binti Haji Salleh. Beliau berkahwin dengan Naimah binti Yaacob pada 1983, dan mempunyai lima orang anak.
Mendapat didikan asas agama daripada datuk Othman bin Yaacob. Bersekolah rendah di
melanjutkan pengajian menengah (SMA) Widyasana Utama, Medan Sumatera Indonesia kemudian
mengikut kursus kewartawanan di Kolej Kewartawanan Medan, Polonia dan Universitas Darma
Agung (1980 – 1983).
Penglibatan dalam penulisan dan sastera sejak di sekolah menengah dengan menulis berita-berita
setempat yang dimuatkan dalam akhbar arus perdana. Menjadi Ketua Pengarang Majalah Sekolah
“Rantau” Bilangan 2 (1978). Bergerak dalam kegiatan budaya dan kreatif di sekolah. Memenangi
peraduan deklamasi sajak menerusi sajak berjudul "Setongkol Tanah Yang Keras Itu Adalah Aku”.
Menjadi Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, Ketua Rumah Kuning, Ketua Perpustakaan dan Ketua
Tingkatan, pemain bola sepak dan hoki sekolah.
Mewakili sekolah ke pertandingan syarahan dan tafsir Al Quran peringkat daerah Pasir Mas.
Mewakili persatuan belia 4B cawangan Gual Periok ke pertandingan mendeklamasi sajak peringkat
Jajahan Pasir Mas.
Menjadi ahli Peratuan Beliau 4B Gual Periok. Menghadiri kurus Kepimpinan Belia Sempadan, Kursus
Penulisan Kewartawanan dan Kreatif, kursus Pengurusan Peniagaan dan kursus Ehwal Pertanian,
ajuran Jabatan Kebudayaan dan Belia dan Jabatan Pertanian negeri Kelantan.
Ahli Persatuan Penulis Pasir Putih (Puspa) (1979), menjadi ahli Persatuan Penulis Kelantan (PKK)
(1980), mengasas Grup Penyair Gual Periok (Pengupar) bersama Mukhtar Mustafa, M Hayat, Taufik
Rosli, Norhisam Mustafa, M Jusof Taib dan lain-lain.
Pernah menjadi ahli Pemuda PAS Rantau Panjang di bawah pimpinan Abdul Fatah Harun, bekas MP
Rantau Panjang (1999 - 2008). Sempat menghadiri dua kali mesyuarat kemudian tinggal kerana tidak
dapat menerima cara menguruskan parti bertentangan dengan peraturan. Pada masa sama
berkhidmat sebagai Setiausaha kepada Ketua Pemuda Pas Pasir Putih, mengasaskan risalah dalaman
Pas, “Lidah Pejuang”. Letak jawatan untuk melanjut pelajaran di Indonesia. Tidak menjadi ahli Pas
atau mana-mana parti.
Pernah diisytiharkan menyertai Umno cawangan Gual Periok oleh Tan Sri Hussein Ahmad (bekas
Ketua Penerangan Umno Malaysia dan Timbalan Menteri Besar Kelantan) ketika itu.
Bergerak dalam gerakan Mahasiswa di Indonesia menerusi Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia
di Indonedia (PKPMI) Cabang Medan, menjadi Setiausaha Agung PKPIM (1981-1983). Mengagalkan
usaha untuk penubuhan kelab Umno di Medan.
Menubuhkan Kelab Penulis Politik Malaysia (KPPM) bersama penulis politik Syed Hussein Al Attas,
Yahya Ismail, Abdul Halim Mahmood dan lain-lain. Memegang jawatan selaku Setiausaha. Menjadi
penal dalam beberapa forum politik semasa di televisyen internet dan pengulas politik di TV3 serta
penal forum politik umum.
Mengikuti ekspedisi dakwah gerakan Jemaah Darul Arqam pimpinan Ashaari Muhammad, ke
Thailand, Indonesia, Pakistan, Mesir, Sudah, Jordan, Filipina, Ubekistan dan Syaria.
Menghadiri persidangan Gerakan Islam seDunia di Lebanon, Persidangan Membela Rakyat Pelestina
di Jakarta, persidangan Melayu seNusantara di Bangkok.
Memberi bantuan kemanusiaan dalam tragedi Tsunami di Aceh (2004).
Memberi bantuan kemanusiaan tragedi Gempa Bumi di Yogjakarta di Jawat Timur.
Melakukan korban di Bangkok Thailand.
Melakukan korban di Tuaran Sabah.
Melawat perkampungan kedamaian Rejemin Ke-10 (komunis Melayu) Di Chulaboran di Sukhurin,
Selatan Thailand.
Melawat sambil melakukan kerja kebajikan ke Baitalmaqdis dan Aman (2014).
Menjadi konsultan atau penasihat untuk beberapa penerbitan buku biografi dan politik tokoh-tokoh
tertentu. Antara, Ibrahim Ali, Zaid Ibrahim dan lain-lain.
Menjadi pemberita majalah Sinar Kelantan, majalah terbitan kerajaan negeri (1981). Menjadi Ketua
Biro Minggu Perdana untuk Pantai Timur. Menjadi wartawan akhbar Harian Nasional, Tinta Press Sdn
Bhd, Kuala Lumpur.
Menjadi Ketua Pemberitan dan Editor Mingguan Islam (1985), di Prodescom Sdn. Bhd. Ketua
pengarang dan penerbit tabloid Siasah. Menerjunkan diri sepenuh masa dalam penulisan buku
politik dan pengulas politik. Menjadi kolomnis Antara Kita portal berita Malaysia Today kepunyaan
Raja Putera Kamaruddin.
Mempunyai blog Merah Tinta [msomelayu.blogspot.com] dengan penjenguk lebih 20 juta, Facebook
30k, Twitter 12k, Instragram dan Tik Tok 21.7k.
1. Buku: Anwar Mimpi dan Realiti: Adalah buku kontroversi sekaligus menaikkan nama penulis
dalam dunia penulisan buku politik. Buku ini menjadi sebutan dan perbincangan di
Perhimpunan Agung Umno (1996). Buku ini dianggap mengkritik dengan niat untuk
menjatuhkan Anwar yang ketika itu menjadi sanjungan ahli Umno khasnya. Buku ini
mengulas berhubung perubahan sikap dan perwatakan daripada gerakan Islam Abim kepada
Umno.
Disebabkan ia lahir menjelang perhimpunan Agung Umno ia dianggap sebagai strategi
memburukkan Anwar. Berbagai pihak memberi reaksi mengecam penulis. Bekas Setiausaha
Agung Abim Annuar Tahir mengancam untuk mengambil tindakan mahkamah. Tokoh
Wartawan A Samad Ismail membuat ulasan mengatakan buku ini sengaja diterbitkan atas
tajaan pihak tertentu untuk memburukkan Anwar.
Beberapa orang pemimpin Umno dikaitkan sebagai menaja buku ini antara Sanusi Junid
(Setiausaha Agung UMNO).
Dengan kelahiran buku ini MSO dianggap bermusuh dengan Anwar.
Hubungan penulis dengan Anwar tidak baik. Tercetus pertengkaran di antara Anwar dengan
MSO di parlimen sesudah tiga tahun buku ini diterbit. Anwar yang tidak senang dengan MSO
mengherdik beliau ketika bersua di parlimen.
“Buku apa pula you nak tulis burukkan saya selepas ini. Dengan perempuan mana pula you
nan masukan gambar dengan saya,” herdik Anwar.
“Tenguk you ada affair dengan perempuan mana, saya akan dedahkan,” balas penulis.
Kehangatan pertengkaran itu dileraikan oleh Khalis Yunus (timbalan Menteri Pelajaran).
Gentlmen dan tingginya nilai akhlak Anwar selepas bertengkar itu selepas beberapa langlah
pergi beliau datang kembali dan menghulurkan salam. Semasa di dalam penjara Anwar
mengirimkan secebis nota kecil kepada penulis menjelaskan yang beliau sebenarnya bukan
berkeperti seperti apa yang berlaku itu. 2. Buku: Sumpah dan Airmata: Refomis Bangsa. Buku ini memulihkan hubungan dan
2. Buku: Sumpah dan Airmata: Refomis Bangsa. Buku ini memulihkan hubungan dan
kepercayaan Anwar kepada MSO sebagai penulis. Buku ini jadi buku pertama diterbitkan
untuk membela Anwar yang dipecat daripada Umno dan jawatan Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998. Buku ini mendedahkan kediktator dan
pengzaliman Dr Mahathir terhadap Anwar Ibrahim.
Buku ini mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang
bersimpati dengan nasib Anwar Ibrahim. Ribuan naskah dicetak dan dijual oleh orang tidak
bertanggungjawab. Namun kegiatan haram itu telah membantu menjelaskan di sebalik
kekejaaman Dr Mahathir terhadap Anwar.
Anwar sendiri terkesan dengan buku ini, sehingga beliau mengutuskan nota kecil kepada
MSO mengucap terima kasih atas penerbitan buku ini.
Disaman: Buku ini juga benar-benar menguji kekuatan iman MSO sebagai penulis. Beliau
diancam saman oleh Abdul Rahim Tamby Chik (bekas Ketua Pemuda dan Ketua Menteri
Melaka) yang menuntut ganti rugi sebanyak RM70 juta kerana buku ini dikira telah
damegenya. Bagaimana pun saman itu tidak diteruskan. 3. Buku: Tuanku Ismal Putera: Idealisme & Keprihatinan Kepada Agama, Bangsa dan Negara:
3. Buku: Tuanku Ismal Putera: Idealisme & Keprihatinan Kepada Agama, Bangsa dan Negara:
Buku ini menyebabkan MSO mendapat pnghormatan daripada pihak Istana Kelantan dan
juga kerajaan negeri. Satu majlis peluncuran diadakan bertempat di Dewan Bunga Emas,
Hotel Perdana dimana upcara perasmian pelucurannya dilakukan oleh Sultan Kelantan
Tengku ISmail Petra. Pada sebelah malamnya pula diadakan majlis santapan malam dengan
keberangkatan sama, Sultan dan Raja Perempuan berserta anakda baginda Tengku Fais. 4. Buku: Pergolakan Politik Kelantan: Siapa Laga MB dengan Sultan: Disebabkan penulisan
4. Buku: Pergolakan Politik Kelantan: Siapa Laga MB dengan Sultan: Disebabkan penulisan
buku ini MSO dipanggil polis tiga hari. Rumahnya di gelidah ekoran ada laporan polis di Kota
Bharu Kelantan. Disoal siasat polis dan dicadang untuk didakwa di bawah Akta Hasutan.
Buku ini juga menyebabkan MSO disaman oleh Datuk Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK)
Wan Hashim Wan Daud yang menuntut ganti rugi RM20 juta. Saman ini dibicarakan
kemudian ditangguhkan apabila pihak defenden tidak meneruskan perbicaraan.
Kerana buku ini juga hubungan MSO dengan pihak istana buruk.
Blog: msomelayu.blogspot.com
Sayuti Omar merupakan pemilik ahkbar politik mingguan Siasah. [4], [5] Akhbar ini sejak 1998 sudah dilihat cenderung kepada Anwar Ibrahim.[6] Operasi akhbar Siasah ini terletak di pejabat Harakah, Jalan Pahang Barat,Kuala Lumpur.
Mulai 1 Julai 2012, Sayuti telah melepaskan siasah sepenuhnya kepada Siasah Sdn Bhd yang beralamat di Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.
http://msomelayu.blogspot.com/2012/07/siasah-tidak-lagi-milik-saya.html
http://www.siasah.com.my/ Diarkibkan 2012-08-20 di Wayback Machine
Anwar Ibrahim dikaitkan dengan pemecatan lapan orang siswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana kesalahan mereka memakai purdah. Pihak Universiti Malaya menggunakan polis untuk menangkap dua orang pemimpin pelajarnya yang dikatakan mengetuai demonstrasi membantah konsert Sheila Majid, di bawah ISA .Konsert Sheila Majid hendak dilangsungkan di hadapan Dewan Tunku Canselor,Universiti Malaya pada 10 September 1989.Kira-kira 20 orang ditangkap dan sebahagian besar yang lain didakwa di hadapan mahkamah universiti. Mereka didenda lebih RM7,000 oleh pihak universiti. Ketika itu Naib Canselor Universiti Malaya ialah Dr Syed Hussein Alatas.
Anwar juga membela DP Vijandran yang didakwa terlibat dengan video lucah.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dikatakan sebagai Universiti ABIM. Sementara Biro Tata Negara digunakan sebagai memprojekkan Anwar.[7]
Pada 20 Januari 2012, Sayuti Omar berhadapan saman RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim.Akhbar Buletin Rakyat pada 1 November 2011. Artikel bertajuk ‘Zaid terus hanyut dalam keegoannya’ hasil tulisan Sayuti Omar disiar dalam akhbar dwi-mingguan Buletin Rakyat. Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof dan peguam, Nizam Bashir yang mewakili Zaid dan peguam, setuju kes itu diselesaikan di luar mahkamah. Sayuti Omar selaku penulis artikel, pengarang akhbar, Norzah Kepol dan Kantung Network Sdn. Bhd.(penerbit dan pemilik akhbar) bersetuju memohon maaf; membayar RM1,000 kepada Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan; dan menyiarkan iklan memohon maaf di muka depan akhbar Buletin Rakyat selepas Tahun Baru Cina 2012. .[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.