From Wikipedia, the free encyclopedia
Takamasa Ishihara (石原 崇雅 , Ishihara Takamasa, lahir 14 September 1981)[6][4] lebih dikenali dengan nama pentas beliau Miyavi (diolah sebagai MIYAVI)[4] ialah seorang pemain gitar, penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman dan pelakon Jepun, terkenal dengan gaya jari bermain gitar beliau.[5][7]
Miyavi | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama asal | MIYAVI |
Nama lahir | Takamasa Ishihara (石原 貴雅 , Ishihara Takamasa) |
Juga dikenali sebagai | |
Kelahiran | [4] | 14 September 1981
Berasal dari | Konohana-ku, Osaka, Jepun |
Genre | |
Instrumen |
|
Tahun aktif | 1995–kini |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | myv382tokyo |
Beliau telah aktif sejak 1999, bermula sebagai gitaris untuk kumpulan rock Dué le quartz dan kemudian sebagai artis solo bermula pada 2002. Pada tahun 2007, beliau menjadi ahli superkumpulan rock S.K.I.N. dan pada 2009 mengasaskan syarikatnya sendiri, J-glam. Beliau menjelajah beberapa kali di seluruh dunia, dengan lebih 250 persembahan di 30 negara pada 2015.[8] Setakat 2016, beliau melancarkan 10 album solo dan 27 single.
Pada tahun 2014, Miyavi muncul dalam filem Unbroken, yang diarahkan oleh Angelina Jolie dan menjayakan peranan yang lebih kecil dalam filem Amerika seperti Kong: Skull Island dan Stray. Sejak 2013, Miyavi telah menjadi sukarelawan di UNHCR, melawat kem pelarian di seluruh dunia.[9] Pada November 2017, beliau dilantik sebagai Duta Muhibah rasmi.[10]
Pada 14 Mac 2009, Miyavi berkahwin dengan penyanyi Jepun kelahiran Hawaii, Melody Miyuki Ishikawa.[11] Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan: Lovelie Miyavi Ishihara (lahir 29 Julai 2009) dan Jewelie Aoi Ishihara (lahir 21 Oktober 2010).[12]
Setakat 2016, Miyavi dan keluarganya kini menetap di Los Angeles, California, telah berpindah pada lewat 2014 semasa tayangan filemnya, Unbroken.[13] Selepas menjadi seorang bapa, Miyavi lari daripada imej penampilan atas pentas.[14][15]
Album studio
Tahun | Tajuk | Tajuk asal | Peranan |
---|---|---|---|
2002 | Ryōma no Tsuma to Sono Otto to Aijin | 竜馬の妻とその夫と愛人 | kameo |
2003 | Oresama | おれさま | dirinya sendiri |
2014 | Unbroken | Mutsuhiro Watanabe | |
2017 | Kong: Skull Island | Gunpei Ikari | |
2018 | Bleach | Byakuya Kuchiki | |
Gangoose | ギャングース | Adachi | |
2019 | Stray | Jin | |
2019 | Maleficent: Mistress of Evil | Maleficent 2 | Udo |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.