From Wikipedia, the free encyclopedia
Melody (nama aktif Melody Ishihara, nama lahir Melody Miyuki Ishikawa, Jepun:石川美由紀メロディ) (lahir 24 Februari 1982; digayakan sebagai melody.) ialah pereka fesyen, pengacara televisyen, dan bekas penyanyi Jepun-Amerika. Beliau memulakan penampilan pertamanya pada Februari 2003 dengan lagu "Dreamin' Away", di bawah Toy Factory. Pada Oktober 2008, Melody mengumumkan di blognya yang mengakhiri kerjayanya sebagai artis muzik untuk memberi tumpuan dalam mengejar kerjaya sebagai pereka fesyen.
Sejak 2009, beliau berkahwin dengan penyanyi dan pemuzik Jepun, Miyavi[2] dan dikurniakan dua anak.[3][4]
Melody mempunyai tiga kakak: Christine Saimo, yang dikenali sebagai KURIS dalam industri muzik Jepun dan juga menetap di Tokyo; Harmony dan Rhythmy, yang menetap di Amerika Syarikat.[5] Pada 14 Mqc 2009, Melody berkahwin dengan pemuzik dan pelakon Miyavi (Takamasa Ishihara), dan mengambil nama keluarganya untuk kerjaya profesional. Pasangan ini mempunyai dua anak, Lovelie Miyavi (lahir 2009) dan Jewelie Aoi (lahir 2010).[6][7][8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.