Mesoarkean ialah nama untuk sebuah era geologi pada eon Arkean yang merangkumi 3,200 hingga 2,800 juta tahun dahulu, dan mengandungi bukti pertama pembenaman plat jenis moden dan pengembangan kehidupan mikrob. Era ini ditakrifkan secara kronometri dan tidak dirujuk kepada tahap tertentu dalam mana-mana keratan batu di Bumi.

Fakta Segera Kronologi, Pentakrifan semula yang dicadangkan ...
Mesoarkean
3200 – 2800 Ma
Thumb
Rekonstruksi benua Bumi sewaktu pertengahan era Mesoarkean, c. 3 Ga.
Thumb
Gambaran artistik berkenaan eon Arkean
Thumb
Formasi besi berjalur tercipta semasa era Mesoarkean
Kronologi
Garis masa grafik era Mesoarkean
lihat  bincang  sunting
-3200 
-3150 
-3100 
-3050 
-3000 
-2950 
-2900 
-2850 
-2800 
Peristiwa pada era Mesoarkean.
Skala paksi: jutaan tahun dahulu.
Pentakrifan semula yang dicadangkan3490–2780 Ma
Gradstein et al., 2012
Subbahagian yang dicadangkanTempoh Vaalbaran, 3490–3020 Ma

Gradstein et al., 2012
Tempoh Pongolan, 3020–2780 Ma

Gradstein et al., 2012
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEra
Unit stratigrafiEratem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDitakrifkan secara kronometri
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA1991[perlu rujukan]
Takrif sempadan atasDitakrifkan secara kronometri
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA1991[perlu rujukan]
Tutup

Tektonik

Thumb
Benua super Vaalbara yang dijangka semasa era Mesoarkean, berpisah pada era Neoarkean
Thumb
Konfigurasi alternatif Vaalbara

Era Mesoarkean dianggap sebagai era kelahiran pembenaman plat jenis moden, berdasarkan bukti geologi dari Kawah Pilbara di Australia barat.[3][4] Pinggir tertumpu dengan lengkok lautan gaya moden wujud di sempadan antara Pilbara Barat dan Pilbara Timur kira-kira 3.12 Ga. Menjelang 2.97 Ga, Teran Pilbara Barat menumpu dan menokok ke Teran Pilbara Timur.[4] Sebuah benua besar yang bernama Vaalbara mungkin wujud pada era Mesoarkean.[5]

Keadaan persekitaran

Analisis isotop oksigen dalam rijang Mesoarkean telah membantu dalam penganggaran suhu permukaan era Mesoarkean.[6] Rijang ini mendorong para penyelidik untuk membuat anggaran suhu lautan sekitar 55-85°C [7] manakala terdapat beberapa kajian lain tentang kadar luluh hawa menyatakan suhu purata di bawah 50°C.

Atmosfera pada era Mesoarkean mengandungi paras metana dan karbon dioksida atmosfera yang tinggi, yang boleh dijadikan sebagai penjelasan untuk ketinggian suhu pada era ini.[6] Kandungan dinitrogen atmosfera pada era Mesoarkean dianggap serupa dengan hari ini, menunjukkan bahawa nitrogen tidak memainkan peranan penting dalam anggaran suhu Bumi purba.[8]

Pengglasieran Pongola berlaku sekitar 2.9 Ga, dengan terdapat bukti ais bersambung ke sebuah palaeolatitud (latitud berdasarkan medan magnet yang direkodkan dalam batu) sebanyak 48 darjah. Pengglasieran ini berkemungkinan tidak dicetuskan oleh evolusi sianobakteria fotosintesis, yang mungkin berlaku dalam selang masa antara pengglasieran Huronian dan pengglasieran Makganyene.[9]

Kehidupan mikrob awal

Kehidupan mikrob dengan pelbagai cara metabolisme berkembang semasa era Mesoarkean dan menghasilkan gas yang mempengaruhi komposisi atmosfera awal Bumi. Sianobakteria menghasilkan gas oksigen, tetapi oksigen tidak mula terkumpul di atmosfera sehingga era kemudian pada zaman Arkean.[10] Walau bagaimanapun, oasis kecil air yang agak beroksigen telah wujud di beberapa persekitaran perairan cetek berhampiran pantai menjelang era ini.[11]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.