From Wikipedia, the free encyclopedia
Neoarkean merupakan nama untuk era geologi terakhir di bawah Eon Arkean yang menjangkau 2800 hingga 2500 juta tahun dahulu, dan tempoh ini ditakrifkan secara kronometri dan tidak merujuk mana-mana lapisan keratan batuan geologi tertentu di Bumi. Era ini ditandakan dengan perkembangan besar kehidupan yang kompleks dan pembentukan benua.
Neoarkean | |
---|---|
Kronologi | |
Skala masa grafik era Neoarkean -2800 — – -2780 — – -2760 — – -2740 — – -2720 — – -2700 — – -2680 — – -2660 — – -2640 — – -2620 — – -2600 — – -2580 — – -2560 — – -2540 — – -2520 — – -2500 — – Peristiwa pada era Neoarkean. Skala paksi: jutaan tahun dahulu. | |
Subbahagian yang dicadangkan | Tempoh Metana, 2780–2630 Ma Gradstein et al., 2012 |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Era |
Unit stratigrafi | Eratem |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Ditakrif secara kronometri |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA | 1991[perlu rujukan] |
Takrif sempadan atas | Ditakrif secara kronometri |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA | 1991[perlu rujukan] |
Era ini menyaksikan peningkatan oksigen di atmosfera selepas fotosintesis oksigen berkembang dalam sianobakteria seawal era Mesoarkean. Perubahan alam sekitar yang berlaku pada era Neoarkean seperti perkembangan kandungan bahan dalam atmosfera dan dalam tanah yang secara drastik membezakan era ini dengan yang lain. Hal ini kerana terdapat penggalakan metabolisme mikrob untuk berkembang dan mempelbagaikan jenisnya.[1] Era ini juga mungkin menyaksikan molekul organik prabiota dibawa ke Bumi melalui meteorit, komet, atau melalui tindak balas abiota. Perkembangan kerak benua muda serta permulaan tektonik plat pada eon Arkean membenarkan pengkolonian pelbagai jenis relung mikroorganisma yang lebih besar kepelbagaiannya, seperti yang ditunjukkan pada peningkatan bilangan jenis batu yang ada pada ketika itu, dan dengan itu juga terdapat peningkatan kepelbagaian kimia di permukaan.[1] Beberapa metabolisme yang terkenal dapat berkembang kerana perubahan dalam ketersediaan logam tertentu manakala beberapa jenis metabolisme yang lain pula terbantut, dan hal ini jelas ketara sewaktu era Neoarkean disebabkan oleh peningkatan kandungan unsur kuprum yang terdapat dalam persekitaran yang meningkatkan metabolisme aerob.
Fotosintesis oksigen mungkin terhad pada awal era Arkean disebabkan oleh kekurangan fosforus yang berpunca daripada pengitaran semula biologi yang lemah sewaktu keadaan anaerob. Isu ini telah dikurangkan pada era Neoarkean melalui bukti geologi batuan magma yang mengandungi kandungan fosforus yang tinggi. Pada waktu yang sama ditambah pula dengan perkembangan geodinamik lain seperti peningkatan pengebumian bahan organik dan keadaan pengoksidaan yang lebih tinggi dalam sulfur gunung berapi dan besi magma, maka akan menyumbang kepada pengumpulan oksigen yang besar di atmosfera, sehingga membawa kepada Peristiwa Pengoksidaan Besar pada era Paleoproterozoik.[1]
Bukti terawal pengoksidaan mikrob sulfur, bertarikh kira-kira 2.52 Ga, berasal daripada Bentukan Gamohaan di Afrika Selatan, mendedahkan bahawa bakteria pengoksidaan sulfur telah berkembang sebelum Peristiwa Pengoksidaan Hebat.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.