From Wikipedia, the free encyclopedia
Menanti Senja ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Faizal Nadxaman terbitan Anomali Media Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Fazziq As'ari dan Trisha Ooi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 dari 17 Januari hingga 12 Februari 2024, menggantikan Hati Tercarik Luka.[1]
Menanti Senja | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Shaza Talib |
Pengarah | Faizal Nadxaman |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Marjiena Abdul |
Penerbit | Hariff Ahamat Rosnita Abdul Rahman |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Anomali Media & Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Samarinda) Tonton |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 17 Januari 2024 – 12 Februari 2024 |
Kronologi | |
Mengikuti | Hati Tercarik Luka |
Diikuti oleh | Rindu Kasih 2 |
Mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah dan suami diuji apabila isteri dan anaknya dipisahkan daripadanya akibat kesalahan yang tidak dilakukannya.
Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah. Syukri membuka sebuah kedai yang menawarkan servis memperbaiki alatan elektrik dengan sahabat baiknya, Epul. Walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan, namun ia dapat menampung keluarga masing-masing.
Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Intan, anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu. Mereka berkahwin dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Suhana walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh ayah Intan, Kamal.
Kamal telah menyuruh Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjarakan akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah dibebaskan, Syukri telah bertekad untuk membersihkan namanya demi menambat hati Intan semula dan mendapatkan hak jagaan anaknya Suhana. Adakah perjuangan cinta seorang suami dan ayah ini berpihak kepadanya?
Drama Menanti Senja menyusuli drama Hati Tercarik Luka. Ia merupakan drama terbitan syarikat Malaysia iaitu Anomali Media & Production dan diarahkan oleh Faizal Nadxaman. Ia ditayangkan bermula 17 Januari 2024 di TV3 melalui Slot Samarinda pada hari Isnin sehingga Khamis, pukul 10.00 malam waktu tempatan. Menanti Senja juga boleh ditonton melalui platform Tonton.[2] Drama ini mempunyai 15 episod penayangan.[3]
TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Menanti Senja | Berikutnya |
Hati Tercarik Luka | Rindu Kasih 2 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.