From Wikipedia, the free encyclopedia
Memorial Tun Abdul Razak merupakan sebuah bangunan kediaman rasmi Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur, Malaysia yang pada asalnya dikenali sebagai Bangunan Sri Taman. Bangunan ini kemudiannya telah dijadikan muzium bagi memperingati jasa beliau serta dirasmikan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 6 Mei 1982. Tun Abdul Razak telah mendiami bangunan ini semenjak tahun 1962 sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada bulan Januari 1976.[1]
Maklumat am | |
---|---|
Ditubuhkan | 6 Mei 1982 |
Jenis | Muzium sejarah |
Maklumat pentadbiran | |
Pemilik | Arkib Negara Malaysia |
Maklumat geografi | |
Lokasi | Sri Taman, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia |
Maklumat pelawat | |
Laman sesawang | |
sunting |
Memorial ini mempamerkan bahan-bahan kepunyaan Tun Abdul Razak sendiri dan juga bahan-bahan yang berkaitan dengan beliau.[1]
Keseluruhan bahagian pameran terbahagi kepada dua. Bahagian satu iaitu pameran di Bangunan Sri Taman yang mempamerkan kira-kira 650 bahan dan boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar iaitu bahan-bahan arkib, bahan-bahan muzium, dan bahan-bahan perpustakaan. Semua bahan dipamerkan mengikut tajuk-tajuk tertentu, antaranya ialah Biografi, Personalia, Pertahanan, Pelajaran, Hadiah dan Cenderamata, Sosial, Politik, Pembangunan, Hal Ehwal Luar Negara, Kegiatan Agama, Kembali ke Rahmatullah dan Yayasan Tun Razak. Selain gambar-gambar dan dokumen, bahan-bahan milik peribadi beliau dan keluarga turut dipamerkan.
Bahagian dua pula mempamerkan kira-kira 1580 bahan mengenai penglibatan dan kegiatan Tun Abdul Razak semasa menjawat jawatan Menteri dan Perdana Menteri Malaysia. Bahan-bahan dipamerkan mengikut tajuk-tajuk tertentu. Selain daripada bahan-bahan pameran, terdapat juga persembahan multimedia sebagai maklumat tambahan kepada pelawat. Terdapat juga contoh Rumah FELDA yang dipamerkan di bahagian luar bangunan. Seterusnya, memorial ini menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pelawat seperti perpustakaan dan bilik penyelidikan serta kedai cenderamata.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.