From Wikipedia, the free encyclopedia
Melon (Hangul: 멜론; RR: Mellon lakuran ungkapan Inggeris melody on "irama hidup",[3] digayakan sebagai MelOn) adalah sebuah gedung dan pelantar streaming muzik dalam tailian Korea Selatan dan dikembangkan dan diperkenalkan oleh SK Telecom pada November 2004. Pengurusannya diberikan kepada LOEN Entertainment (sekarang Kakao M) pada tahun 2009. Melon perkhidmatan mengandung muzik terbesar di Korea Selatan dengan 28 juta orang pelanggan serta lebih dari 50 peratus pasaran yang ada melampaui Genie milik KT Music, Mnet.com milik CJ E&M dan Bugs milik NHN Entertainment. Melon menjadi salah satu dari "25 Aplikasi Terbaik Korea" dalam 2011 App Awards Korea.[4]
Melon | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | www.melon.com |
Jenis | Gedung muzik damtal |
Tersedia dalam | Bahasa Korea |
Ditubuhkan | 2004 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Kakao M |
Komersial | Ya |
Pendaftaran | Diperlukan, hanya untuk pengguna di Korea Selatan[1] |
Pengguna | 2.3 juta (di Korea Selatan saja, setakat November 2013) |
Dilancarkan pada | November 2004 |
Pembangun web | SK Telecom |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | Per Juni 2018 ▲4,195 (Global) ▲123 (Korea Selatan)[2] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Los Angeles dan Santa Monica , Korea Selatan |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada tahun 2012, Melon menerima Trusted Brand Awards.[5] Pada tahun yang sama, Melon memenangi "Grand Prize for Digital Contents" dalam 2012 Korean Digital Management Innovation Awards[6] serta mendapat pengakuan dalam 2012 Korea Brand Power Index.[7]
Ilgan Sports memberikan peringkat kepada Melon sebagai entitas paling berpengaruh ketiga di industri K-pop dalam jajak pendapat November 2013 dalam perayaan hari jadinya yang ke-44.[8]
Melon adalah salah satu khidmat muzik dalam talian terbesar dan paling berpengaruh di Korea Selatan, dengan lebih dari 28 juta pelanggan.[9] Penjualan digital (muat turun dan penstriman) dari khidmat ini menyumbang kepada sebahagian besar naik turun tangga carta lagu dan sistem mata dalam sejumlah acara muzik di negara tersebut. Pengguna dapat memainkan dan memuat turun lagu dan video muzik serta membuat nada dering khusus.[10] Melon saat ini tersedia di gedung-gedung pelantar iOS dan Android.
Melon telah menjadi peneraju dalam pasaran khidmat muzik dalam talian. Menurut laporan tahun 2013 oleh MIDiA Consulting, Melon merupakan khidmat berlangganan pertama di dunia yang memiliki 1 juta pelanggan yang membayar dan memiliki 2 juta - dengan 18 juta pengguna terdaftar - pada waktu peluncurannya.[11] Biaya bulanan khidmat baru-baru ini naik menjadi sekitar USD5.60, naik dari US$ 3.00. Laman web Melon menyebutkan simpanannya memiliki 2.6 juta lagu,[12] kurang dari sepersepuluh dari katalog khas perkhidmatan seumpama di dunia Barat seperti Spotify.
Pada tahun 2010, cawangan Melon di Indonesia diluncurkan dengan kerjasama SK Telecom dan Telkom Indonesia.[13] Pada tahun 2016, Telkom Indonesia membeli semua saham yang sebelumnya dimiliki oleh SK Telecom setelah SK Telecom melepaskan semua milik niaga cawangan tersebut sekaligus menjadikan MelOn Indonesia dimilik penuh dalam Indonesia.[14]
Pada tahun 2016, Kakao mengambil alih LOEN Entertainment, pemilik Melon. Kakao telah melaburkan US$ 1.55 bilion untuk 76.4 peratus saham di LOEN Entertainment. Dana ekuiti swasta Star Invest Holdings, pemegang saham terbesar LOEN sebelumnya, menjual 61.4 peratus sahamnya.[15]
Melon bergabung dengan aplikasi pesanan ringkas seluler Korea Selatan, KakaoTalk yang dilaporkan memiliki 48 juta orang pengguna aktif pada bulan Februari. Aplikasi ini merupakan produk unggulan Kakao, perusahaan teknologi Korea Selatan dengan modal pasaran sebanyak USD 5.7 bilion. Dengan menggabungkan berbagai pelbagai dan khidmat kandungan Kakao dan kandungan muzik terkemuka LOEN yang diharapkan agar sinergi luar biasanya dapat membangun asas kuat untuk peluasan global pasaran Kakao. Kakao berancang mahu menghasilkan permintaan baru dalam bisnes kandungan dengan menambahkan streaming muzik ke dalam portfolio khidmat kandungannya. Secara khususnya, syarikat Kakao diharapkan untuk memanfaatkan kehadiran Melon di pasar kandungan hiburan di negara-negara Asia, termasuk China.[16]
Pada tahun 2009, LOEN Entertainment meluncurkan Melon Music Awards (MMA), sebuah acara penghargaan yang khusus bagi artis Korea berdasarkan jumlah penjualan digital dan pemilihan dalam talian.[17][18]
Melon merupakan penaja utama acara-acara muzik berikut:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.