McDonnell Douglas (kini Boeing) AV-8B Harrier II adalah sebuah pesawat serangan darat STOL generasi kedua pada alhir kurun ke-20. Ia merupakan hasil kerjasama Amerika Syarikat-Britain ke atas Hawker Siddeley Harrier dan Sea Harrier. Peranan utama pesawat ini adalah dalam serangan ringan atau tugas pelbagai peranan, dan biasanya dioperasikan dari kapal pengangkut pesawat, kapal penyerang amfibia dan pangkalan operasi hadapan.
AV-8B Harrier II | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat serangan darat V/STOL |
Pengeluar | McDonnell Douglas / British Aerospace Boeing / BAE Systems |
Penerbangan sulung | YAV-8B: 9 November 1978[1] |
Diperkenalkan | Ogos 1985[2] |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Kor Marin Amerika Syarikat Tentera Laut Sepanyol Tentera Laut Itali |
Dikeluarkan | AV-8B/B+: 1981-2003[3] |
Kos seunit | AS$30-35 juta pada 1997 (AV-8B+)[4] |
Dibangunkan dari | Hawker Siddeley Harrier BAE Sea Harrier |
Kelainan | BAE Harrier II |
Meskipun AV-8B Harrier II berkongsi designasi dengan pesawat AV-8A/C Harrier sebelumnya, AV-8B telah direkabentuk semula secara ekstensif dari generasi terdahulu Harrier GR.1A/AV-8A/C oleh McDonnell Douglas. British Aerospace telah menyertai projek tambahbaik Harrier pada awal 1980-an, dan diuruskan oleh Boeing/BAE Systems sejak tahun 1990-an.
AV-8B digunakan oleh Kor Marin Amerika Syarikat. Versi Harrier GR7/GR9 Britain digunakan oleh Tentera Udara Diraja dan Tentera Laut Diraja. Versi-versi ini juga digunakan oleh negara-negara NATO iaitu Sepanyol dan Itali. Model keluarga Harrier biasanya dirujuk sebagai "Harrier Jump Jet".
Lihat juga
- Harrier Jump Jet, ringkasan keluarga Harrier
- Kehilangan keluarga Harrier Jump Jet
Pembangunan berkaitan
- BAE Harrier II
- BAE Sea Harrier
- Hawker P.1127
- Hawker Siddeley Harrier
Pesawat setanding
- Boeing X-32
- F-35 Lightning II
- Yakovlev Yak-38
- Yakovlev Yak-141
Senarai berkaitan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.