From Wikipedia, the free encyclopedia
Hawker Siddeley Harrier GR.1/GR.3 dan AV-8A Harrier merupakan pesawat generasi pertama dari siri-siri pesawat Harrier. Ia merupakan sebuah pesawat penyerang sokongan dekat dan pengawasan pejuang pertama yang memiliki keupayaan V/STOL (Berlepas dan Mendarat Menegak/Dekat), sering kali diberi gelaran jolokan sebagai "jump jet". Harrier merupakan satu-satunya kejayaan rekabentuk pesawat V/STOL daripada banyak rekabentuk serupanya dalam tahun 1960-an.
Harrier / AV-8A/C/S | |
---|---|
Sebuah pesawat Harrier GR3 dipamerkan di Bletchley Park, England | |
Peranan | Pesawat penyerang VTOL |
Negara pengeluar | United Kingdom |
Pengeluar | Hawker Siddeley |
Penerbangan pertama | 28 Disember 1967 (Harrier) |
Pengenalan | 1 April 1969 |
Status | Aktif |
Syarikat penerbangan utama | Tentera Udara Diraja Kor Marin Amerika Syarikat Tentera Laut Sepanyol Tentera Laut Diraja Thailand |
Dikeluarkan | 1967 - 1970-an |
Jumlah dibina | 718 [1] |
Dibangunkan dari | Hawker Siddeley P.1127/Kestrel FGA.1 |
Dibangunkan menjadi | AV-8B Harrier II BAE Harrier II |
Variasi | BAE Sea Harrier |
Pada tahun 1970-an, Harrier telah dipasangkan dengan kelengkapan radar dan menghasilkan pesawat BAE Sea Harrier bagi kegunaan Tentera Udara Diraja. Harrier juga direkabentuk semula secara ekstensif menjadi BAE Harrier II dan AV-8B Harrier II, yang mana dikeluarkan oleh British Aerospace dan McDonnell Douglas.
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.