Mastif Alp (bahasa Inggeris: Alpine mastiff ) ialah satu baka anjing molosser pupus, leluhur anjing Santo Bernard, dan penyumbang utama kepada mastif moden (melalui anjing seperti "Couchez"[1]), serta kepada baka lain yang diperoleh daripada baka ini atau berkait rapat dengannya. M. B. Wynn mengarang, "Pada 1829 seekor anjing brindle terang-benderang daripada baka mastif Alp lama, bernama L'Ami, dibawa dari biara Santo Bernard Besar, dan ditunjukkan di London dan Liverpool sebagai anjing terbesar di England." William Cavendish, Duke ke-5 Devonshire, dipercayai telah membiakbakakan mastif Alp di Chatsworth House. Nama "mastif Alp" dan "anjing Santo Bernard" digunakan secara bertukar-tukar pada awal abad ke-19, sungguhpun keragaman yang dipelihara di hospis di Laluan Santo Bernard Raya diubah dengan ketara dengan memperkenalkan baka lain, termasuk anjing Newfoundland dan anjing Denmark besar,[2] dan ia merupakan baka gabungan yang kini membawa nama anjing Santo Bernard.[3] Dengan pasti anjing gunung ini ditapis melalui populasi lebih meluas, dan keragaman asli menyusut dari segi bentuk tulen, tetapi satu baka jarang, "cane garouf" atau "patua",[4] dijumpai di bahagian Banjaran Alp yang pernah didiami oleh mastif Alp, mungkin juga diturunkan daripada baka pupus.
Lihat juga
- Anjing gunung
- Barry (anjing)
- Spaniel Alp (mungkin nama bersinonim[5])
Nota
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.