Masjid Sri Sendayan

masjid di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Masjid Sri Sendayanmap
Remove ads

Masjid Sri Sendayan (Jawi: مسجد سري سنداين) merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

Fakta Segera Masjid Sri Sendayan ‏مسجد سري سنداين‎‎‎, Maklumat am ...
Remove ads

Masjid Sri Sendayan adalah masjid yang terbesar di Negeri Sembilan dan juga merupakan salah sebuah masjid yang tercantik di Malaysia. Masjid ini selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong.

Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain dan telah menelan belanja kira-kira RM100 juta.

Remove ads

Senibina

Masjid Sri Sendayan terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah)[1]. Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.

Dalaman

Thumb
Dewan solat utama
Thumb
Pandangan bawah kubah utama

Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar. Bahagian dalaman kubah utama dihiasi dengan cat emas 24k. Seni dalaman masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.

Luaran

Thumb
Menara-menara azan Masjid Sri Sendayan
Thumb
Pandangan lebih dekat salah sebuah menara

Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Selain itu terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid.

Remove ads

Masjid Wakaf

Masjid ini diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan RHB Bank, Tan Sri Abd Rashid Hussain.

Ini adalah masjid kedua diwakafkan oleh beliau selepas Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.

Galeri

Rujukan

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads