From Wikipedia, the free encyclopedia
Masakan Pakistan (Urdu: پاکستانی پکوان; Jawi: ماسقن ڤاكستان) boleh dicirikan oleh gabungan berbagai tradisi memasak serantau di benua kecil India, Asia Tengah serta unsur-unsur dari warisan Mughalnya.[1][2] Pelbagai masakan berasal dari kepelbagaian etnik dan budaya Pakistan.
Masakan dari wilayah timur Punjab dan Sindh dicirikan sebagai "sangat berperisa" dan "pedas", yang merupakan ciri perisa benua India. Masakan dari wilayah barat dan utara Azad Jammu & Kashmir, Balochistan, Gilgit-Baltistan, Khyber Pakhtunkhwa dan Kawasan Suku dikenalpasti sebagai "ringan" yang merupakan ciri perasa di rantau Asia Tengah.
Masakan antarabangsa dan makanan segera popular turut di bandar-bandar. Menggabungkan resipi tempatan dan asing (makanan gabungan), seperti masakan Cina Pakistan, adalah perkara biasa di pusat bandar besar. Lebih-lebih lagi, akibat perubahan gaya hidup, campuran masala yang siap sedia (rempah campur dan siap guna) menjadi semakin popular. Bagaimanapun, berikutan kepelbagaian rakyat Pakistan, masakan umumnya berbeza dari rumah ke rumah dan mungkin berbeza dari masakan Pakistan yang utama.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.