Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz

Penyampai berita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz
Remove ads

Mas Zharif Zhafri Abdul Azid (lahir 30 April 1993) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Buletin TV9. Beliau bersiaran dengan nama Mas Zharif Zhafri Aziz Desa. Ini kerana beliau merupakan anak sulung kepada bekas personaliti TV terkenal, Allahyarham Aziz Desa.[1] Zharif menjadi penyambung legasi bapanya, Aziz Desa apabila diperkenalkan sebagai wajah baru penyampai Buletin TV9 dalam satu sidang media dan mula bersiaran bersama penyampai berpengalaman pada 1 September 2017.[1][2]

Fakta Segera Zharif Zhafri, Kelahiran ...
Thumb
Mas Zharif bersama Allahyarham bapanya, Aziz Desa di bekas ibu pejabat Media Prima di Sri Pentas pada 2015. Pada ketika ini merupakan hari terakhir buat Aziz Desa menjejakkan kaki di Sri Pentas.
Remove ads

Pendidikan

Mas Zharif mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Iskandar di Alor Setar, Kedah seterusnya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, di Shah Alam, Selangor.

Pada Peringkat Menengah pula, Zharif mendapat pendidikan tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi, Kedah. Kemudian bagi mendapatkan pendidikan teknik, beliau menyambung pelajaran bagi tingkatan 4 dan 5 seterusnya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kangar, di Kangar, Perlis.

Setelah tamat pengajian di peringkat menengah, beliau melanjutkan lagi pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA dalam Diploma Filem dan Video, seterusnya peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Filem dan Televisyen sebelum menjalani latihan industri di TV9.

Remove ads

Dunia Penyiaran

"Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi."

Peribahasa itu sesuai diungkapkan bagi Zharif yang juga anak Bekas Personaliti TV ini. Laluan bukan mudah baginya, apabila memasuki dunia penyiaran tanpa figura Allahyarham ayahnya disisi yang meninggal dunia pada 25 Disember 2015.

Beliau memasuki dunia penyiaran pada 2017 sebagai pelatih industri di Buletin TV9 yang bertugas sebagai wartawan penyiaran. Bakatnya digilap oleh pihak Buletin TV9 untuk menjadi penyampai berita di saluran TV9. Selain itu, beliau juga bertugas sebagai wartawan penyiaran di Jabatan Berita dan Ehwal Semasa (NCA) Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor (kini di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur). Beliau masih bertugas sebagai Penyampai Berita TV9 dan wartawan penyiaran sehingga kini.

Remove ads

Filemografi

Lakonan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Pengurusan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teknikal

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads