From Wikipedia, the free encyclopedia
Marko Pjaca (sebutan Croatia: [mâːrko pjâtsa]; lahir 6 Mei 1995) merupakan pemain bola sepak Croatia yang bermain di posisi sayap untuk kelab Itali, Juventus dan pasukan kebangsaan Croatia.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | 6 Mei 1995 | ||
Tempat lahir | Zagreb, Croatia | ||
Ketinggian | 1.86 m (6 ka 1 in)[1] | ||
Posisi permainan | Sayap | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Juventus | ||
Kerjaya remaja | |||
2004–2009 | Dinamo Zagreb | ||
2009–2010 | ZET | ||
2010–2012 | Lokomotiva | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2012–2014 | Lokomotiva | 49 | (9) |
2014–2016 | Dinamo Zagreb | 61 | (19) |
2016– | Juventus | 14 | (0) |
2018 | → Schalke 04 (pinjam) | 7 | (2) |
2018–2019 | → Fiorentina (pinjam) | 17 | (1) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2011 | Croatia B17 | 8 | (1) |
2012 | Croatia B18 | 4 | (0) |
2012 | Croatia B19 | 1 | (0) |
2013–2015 | Croatia B20 | 5 | (0) |
2013–2017 | Croatia B21 | 7 | (0) |
2014– | Croatia | 23 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 09:37, 13 Februari 2019 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 Oktober 2018 |
Pjaca memulakan kariernya di Croatia bersama kelab Lokomotiva pada tahun 2012 sebelum berpindah ke Dinamo Zagreb pada tahun 2014. Selepas merangkul kejuaraan "double" di peringkat domestik bersama Dinamo, beliau berpindah ke Juventus pada tahun 2016 dan turut merangkul kejuaraan "double" di Itali pada musim pertamanya di sana. Beliau telah dipinjam ke Schalke 04 pada musim berikutnya.
Di peringkat antarabangsa, Pjaca telah mewakili pasukan Croatia ke kejohanan UEFA Euro 2016 dan meraih pingat perak dalam kejohanan Piala Dunia 2018.
Bapa Pjaca, Željko merupakan seorang ahli gusta manakala ibunya pula, Višnja merupakan seorang pelatih judo. Pjaca memiliki dua kakak yang bernama Martina dan Iva. Ketika usia mudanya, beliau aktif dalam sukan bola baling, bola keranjang dan ping pong.
Pjaca memulakan kariernya bersama kelab Croatia iaitu Lokomotiva. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 24 Februari 2012 dalam perlawanan liga ketiak menentang Zadar yang menyaksikan pasukannya menang 3-0. Pjaca turut mencetak nama sebagai pembantu jaringan bagi menyumbang kejayaan pasukannya.[2] Perlawanan tersebut merupakan satu-satunya penampilannya pada musim tersebut. Pada musim seterusnya, Pjaca memainkan peranan penting dalam pasukannya. Beliau telah menamatkan musim dengan menjaringkan 2 gol sepanjang 17 penampilan. Kemudian pada musim 2013–14, beliau telah berjaya menarik minat beberapa kelab yang lebih besar berikutan prestasinya yang tampil dalam 31 penampilan dan menjaringkan tujuh gol.
Pada musim panas 2014, Pjaca telah melakukan perpindahan ke kelab gergasi Croatia iaitu Dinamo Zagreb dengan bayaran perpindahan yang menelan kos sebanyak €1 juta.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan pembukaan liga, di mana beliau turut menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut ketika menentang Slaven Belupo.[4] Pada 11 Disember 2014, beliau telah menjaringkan hatrik untuk membantu Dinamo menumbangkan Celtic 4–3 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Europa.[5] Pjaca menghabiskan musim tersebut dengan menjaringkan 14 gol sepanjang 47 kemunculan dalam semua kejohanan. Dinamo turut dinobatkan sebagai juara liga buat kali ke-10 berturut-turut.[6] Pjaca beraksi sepanjang perlawanan ketika perlawanan akhir Piala Croatia yang menyaksikan Dinamo muncul juara selepas menundukkan RNK Split menerusi tendangan penalti. Pada 20 Julai 2016, Pjaca mengesahkan perlawanan terakhirnya bersama Dinamo semasa pusingan kelayakan Liga Juara-Juara menentang wakil Macedonia, Vardar. Beliau menjaringkan dua gol dan menyumbang satu jaringan gol pasukannya sebelum meraih tepukan gemuruh dari peminat yang hadir menonton penampilan terakhirnya di Stadion Maksimir.
Pada 21 Julai 2016, Pjaca disahkan telah menandantangani kontrak lima tahun bersama Juventus dengan bayaran perpindahan sebanyak €23 juta.[7] Perpindahan tersebut menandakan Pjaca merupakan pemain termahal dijual oleh kelab Dinamo dan Liga Croatia.
Pjaca melakukan penampilan sulungnya untuk Juventus pada 27 Ogos dalam perlawanan Serie A menentang Lazio. Beliau tampil sebagai pemain gantian dengan menggantikan Paulo Dybala pada separuh masa kedua yang menyaksikan Juve mengalahkan Lazio 1–0 di gelanggang lawan. Pada Oktober 2016, Pjaca mengalami retakan fibula ketika beraksi untuk pasukan Croatia dan telah diketepikan selama enam minggu pada mulanya. Namun setelah tiga bulan untuk membolehkan beliau pulih, akhirnya beliau tampil ketika perlawanan Coppa Italia menentang Atalanta dan Fiorentina di Serie A.[8][9] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Juventus ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Porto.[10] Pjaca setersunya mengalami kecederaan ligamen (ACL) pada 28 Mac ketika beraksi untuk Croatia dan mengakibatkan beliau terpaksa mengambil rehat selama enam bulan.[11]
Selepas pulih daripada kecederaan jangka panjang, Pjaca telah diumumkan akan dipinjamkan ke FC Schalke 04 dengan pilihan untuk membeli pemain tersebut pada penghujung musim 2017–18. Beliau menerima pendapatan sebanyak €800,000 bersama bonus sebanyak €200,000.[12][13][14] Schalke mensasarkan tempat ke Liga Juara-Juara untuk musim hadapan dan jurulatih Domenico Tedesco memandang Marko sebagai pemain yang boleh membantu pasukan untuk mencapai sasaran tersebut. Selain itu, Marko dapat memiliki minit permainannya bagi persiapan menghadapi Piala Dunia yang akan berlangsung pada hujung musim. Pjaca melakukan penampilan sulungnya pada 13 Januari ketika menentang RB Leipzig.[15] Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika beraksi dalam perlawanan keduanya untuk Schalke pada 21 Januari ketika menentang Hannover 96.
Pada 7 Ogos 2018, Pjaca telah dipinjamkan ke Fiorentina selama satu musim dengan pilihan untuk membuat pembelian tetap dengan bayaran yang tidak didedahkan.
Pjaca melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Croatia pada 4 September 2014 dengan menggantikan Mateo Kovačić dalam perlawanan persahabatan menentang Cyprus.[16] Pada 3 September 2015, beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan kompetitif iaitu perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang Azerbaijan yang berkesudahan perlawanan terikat seri tanpa jaringan.[17] Pada 4 Jun 2016, beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk Croatia ketika pasukannya membelasah San Marino 10-0.[18]
Pjaca telah dimasukkan ke dalam skuad Croatia untuk menghadapi kejohanan Euro 2016 di Perancis.[19] Beliau memainkan peranan penting untuk membantu Croatia menumpaskan juara bertahan, Sepanyol 2-1. Pjaca hanyak duduk di bangku simpanan dalam pertembungan menentang Portugal namun beliau telah dibawa masuk pada masa tambahan. Sebagai pemain gantian, beliau telah berhasil untuk mengucar-kacirkan benteng pertahanan pihak lawan.[20] Croatia akhirnya tewas tipis 1-0 kepada Portugal hasil jaringan lewat perlawanan oleh Ricardo Quaresma sekali gus menamatkan perjalanan Croatia.[21]
Pada 4 Jun 2018, Pjaca disenaraikan ke dalam skuad Piala Dunia 2018 di Rusia. Croatia telah berjaya melangkah ke final sebelum terpaksa akur kepada kekalahan 4-2 kepada Perancis.
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Lain[nb 1] | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Lokomotiva | 2011–12 | 1 | 0 | 0 | 0 | — | 1 | 0 | |||
2012–13 | 17 | 2 | 6 | 2 | 23 | 4 | |||||
2013–14 | 30 | 7 | 0 | 0 | 2 | 0 | — | 32 | 7 | ||
Jumlah | 48 | 9 | 6 | 2 | 2 | 0 | — | 56 | 11 | ||
Dinamo Zagreb | 2014–15 | 32 | 11 | 7 | 0 | 8 | 3 | 1 | 0 | 48 | 14 |
2015–16 | 28 | 8 | 3 | 1 | 12 | 3 | — | 43 | 12 | ||
2016–17 | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | 2 | 2 | 2 | |||
Jumlah | 61 | 19 | 10 | 1 | 21 | 8 | 1 | 0 | 93 | 28 | |
Juventus | 2016-17 | 14 | 0 | 2 | 0 | 4 | 1 | 0 | 0 | 20 | 1 |
2017-18 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
Jumlah | 14 | 0 | 2 | 0 | 4 | 1 | 0 | 0 | 20 | 1 | |
Schalke 04 | 2017–18 | 7 | 2 | 2 | 0 | — | 9 | 2 | |||
Fiorentina | 2018–19 | 17 | 1 | 0 | 0 | — | 17 | 1 | |||
Jumlah kerjaya | 147 | 31 | 20 | 3 | 27 | 9 | 1 | 0 | 195 | 43 |
Pasukan kebangsaan Croatia | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2014 | 1 | 0 |
2015 | 5 | 0 |
2016 | 6 | 1 |
2017 | 1 | 0 |
2018 | 10 | 0 |
Jumlah | 23 | 1 |
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
4 Jun 2016 | Rijeka, Croatia | San Marino | Persahabatan |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.