From Wikipedia, the free encyclopedia
Markas Asia Tenggara (SEAC) adalah sebuah pemerintahan markas yang ditubuhkan untuk memimpin operasi-operasi Bersekutu di Kancah Asia Tenggara semasa Perang Dunia II.
Markas Asia Tenggara | |
---|---|
Aktif | 1943 hingga 1946 |
Negara | United Kingdom |
Jenis | Markas kancah |
Pangkalan | Kandy, British Ceylon |
Tanda kebesaran | |
Bendera SEAC |
Pemerintah tertinggi terawal kancah tersebut ialah Jeneral Sir Archibald Wavell sambil mengepalai Markas Amerika-British-Belanda-Australia yang telah dibubarkan selepas kejatuhan Singapura dan Hindia Timur Belanda (HTB). Pada Ogos 1943, Pihak Bersekutu mewujudkan Markas Asia Tenggara yang digabungkan, untuk mengambil alih pemerintahan strategik semua operasi udara, laut dan darat di dalam kancah tersebut. Pada Ogos 1943, dengan persetujuan Ketua Turus Gabungan, Winston Churchill melantik Laksamana Madya Lord Louis Mountbatten sebagai Pemerintah Bersekutu Tertinggi Asia Tenggara, menyandangnya sehingga tahun 1946. Leftenan Jeneral Amerika Joseph Stilwell adalah timbalan pertama Pemerintah Bersekutu Tertinggi , serta mengepalai markas Kancah China Burma India (CBI) AS. Mountbatten tiba di India pada 7 Oktober[1] dan SEAC secara rasmi ditubuhkan di Delhi pada tengah malam 15–16 November.[2] Pada April 1944 markas berpindah ke Kandy di Ceylon.[3]
Pada 2 Disember 1943 Ketua Turus Gabungan meluluskan pelan yang menetapkan usaha utama melawan Jepun akan dilakukan di Pasifik sebagai cara paling cepat untuk menghampiri kepulauan Jepun dengan pengeboman udara. Kemaraan yang kedua ialah "disepanjang paksi New Guinea-H.T.B.-Filipina" dibawah Markas Kawasan Barat Daya Pasifik. Kancah Asia Tenggara, berserta dengan Pasifik Utara, Pasifik Selatan dan usaha China ditetapkan sebagai sokongan.[4] Pada masa itu pasukan tentera yang tersedia adalah terhad kerana komitmen British melawan Jerman dengan kemaraan besar yang tidak dijangkakan sehingga musim gugur 1944 dan selepas kekalahan Jerman.[5] Tumpuan di Pasifik Tengah dan Pasifik Barat Daya adalah suatu kompromi yang dicapai dalam Persidangan Casablanca yang mana pandangan British menumpukan peperangan terhadap Jerman dengan keseluruhan perang terhadap Jepun diterhadkan "untuk mempertahankan garis tetap dalam barisan kedudukan tersebut yang mesti dipertahankan"—suatu pendekatan yang tidak dapat diterima oleh pihak Amerika Syarikat.[6] Tindakan serangan di Burma, sokongan China dan aktiviti kancah lain di sebalik mempertahankan garis defensif di Asia Tenggara, kedudukan Ketua-Ketua British, adalah hasil tuntutan Amerika agar Jepun terus diimbangi diseluruh kawasan pertembungan Bersekutu/Jepun.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.