From Wikipedia, the free encyclopedia
Markas Pemerintahan Angkatan Strategik (SFC), kadangkala dipanggil Pemerintahan Strategik Nuclear, merupakan sebahagian daripada Pihak Berkuasa Pemerintahan Nuklear (NCA) India. Ia bertanggungjawab bagi pengurusan dan pentadbiran simpanan stok senjata nuklear taktikal dan strategik India.[1] Ia telah ditubuhkan pada 4 Januari 2003 oleh Kerajaan Vajpayee.[2] Marsyal Udara Teja Mohan Asthana menjadi Panglimanya yang pertama.[3][4]
Markas Pemerintahan Angkatan Strategik | |
---|---|
Ditubuhkan pada | 4 Januari 2003 |
Negara | India |
Cawangan | Angkatan Tentera India |
Komander | |
Komander terkini | Marsyal Udara Navkaranjit Singh Dhillon, AVSM |
Ianya menjadi tanggungjawab Markas Angkatan Strategik untuk mengoperasikan arahan-arahan NCA dibawah Panglima yang berpangkat tiga bintang. Ia akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memulakan proses penyerahan senjata nuklear dan kepala peledak, selepas mendapat kelulusan eksklusif daripada NCA. Pemilihan tepat kawasan sasaran akan diputuskan oleh SFC melalui proses terkumpul, kumulatif yang melibatkan pelbagai peringkat membuat keputusan, dan kelulusan rasmi oleh pihak NCA.[3][4]
SFC mengurus dan mentadbir semua pasukan strategik dengan menjalankan perintah dan kawalan lengkap terhadap aset-aset nuklear, dan menghasilkan semua pelan kontingensi seperti yang diperlukan untuk memenuhi tugas-tugas yang dikehendaki. Sejak penubuhannya, sistem perintah, kawal dan komunikasi SFC telah didirikan dengan tegas, dan pemerintahan itu telah mencapai kesediaan operasi yang tinggi.[5]
No. | Pangkat | Nama | Cawangan | Ambil jawatan | Lepas jawatan |
---|---|---|---|---|---|
1 | Marsyal Udara | Tej Mohan Asthana | Tentera Udara India | 10 Januari 2003[6] | 30 Jun 2004 |
2 | Ajit Bhavnani | 12 Julai 2004[7] | 18 Ogos 2005[8] | ||
3 | Avinash Deodata Joshi | 22 Ogos 2005[9] | 31 Disember 2006 | ||
4 | Laksamana Madya | Vijay Shankar | Tentera Laut India | Disember 2006 | 30 September 2008[10] |
5 | Leftenan Jeneral | Balraj Singh Nagal[11] | Tentera Darat India | 30 September 2008[12] | Disember 2010 |
6 | Marsyal Udara | Kughikombil Joseph Mathews | Tentera Udara India | 1 Januari 2011[13] | 31 Oktober 2012 |
7 | Laksamana Madya | Surinder Pal Singh Cheema | Tentera Laut India | 1 November 2012[14] | Jun 2014 |
8 | Leftenan Jeneral | Amit Sharma | Tentera Darat India | 13 Jun 2014[15] | 31 Julai 2016[16] |
9 | Marsyal Udara | Jasbir Walia | Tentera Udara India | 1 Ogos 2016 | 30 Mac 2019 |
10 | Navkaranjit Singh Dhillon | 30 Mac 2019[17][18] | Penjawat kini |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.