Malaran tak geser sisian velar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Malaran tak geser sisian velar ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʟ (huruf L besar yang dikecilkan) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan L\ dalam X-SAMPA.
Nombor AFA | 158 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | L\ | ||
| |||
Sampel audio | |||
Ciri-ciri
Ciri-ciri malaran tak geser sisian velar:
- Cara artikulasinya ialah malaran tak geser, iaitu dihasilkan dengan merapatkan dua alat artikulasi tanpa menyempitkan rongga vokal sehingga terhasilnya arus udara yang bergelora.
- Daerah artikulasinya adalah velar, iaitu disebut dengan bahagian belakang lidah (dorsum) menyentuh lelangit lembut (velum).
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini merupakan konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini merupakan konsonan sisian, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui sisi lidah dan bukan tengahnya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Kegunaan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.