Malaran tak geser sisian lelangit

From Wikipedia, the free encyclopedia

Malaran tak geser sisian lelangit ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʎ (huruf y kecil yang dipusingkan 180 darjah) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan L dalam X-SAMPA.

Fakta Segera Nombor AFA, Pengekodan ...
Nombor AFA157
Pengekodan
X-SAMPAL
Imej
Sampel audio
noicon
Tutup

Bunyi ini pernah wujud dalam bahasa Austronesia Purba, tetapi berubah dalam Bahasa Melayu-Polinesia Purba kepada /n/, /ɲ/ atau /l/ (menurut Robert Blust[1] dan John Wollf[2]):

Maklumat lanjut BAP, BMPP ...
BAP BMPP BM
*NiSawa *nihawa ڽاوا nyawa
*aNak *anak انق anak
Tutup

Fonem ini masih terpelihara dalam bahasa-bahasa serumpun Taiwan seperti bahasa Amis dan bahasa Paiwan.[2]

Ciri-ciri

Ciri-ciri malaran tak geser sisian lelangit:

  • Cara artikulasinya ialah malaran tak geser, iaitu dihasilkan dengan merapatkan dua alat artikulasi tanpa menyempitkan rongga vokal sehingga terhasilnya arus udara yang bergelora.
  • Daerah artikulasinya adalah lelangit, iaitu disebut dengan bahagian tengah atau belakang lidah menyentuh lelangit keras.
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini merupakan konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini merupakan konsonan sisian, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui sisi lidah dan bukan tengahnya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.