pemain badminton Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Leong Jun Hao (Bahasa Cina: 梁峻豪; pinyin; Liáng Jùn Háo; lahir 13 Julai 1999) ialah pemain badminton Malaysia. Beliau adalah juara perseorangan lelaki di Kejohanan Remaja Asia 2017. Pencapaian ini diikuti oleh pingat perak di Kejohanan Remaja Dunia.
Leong Jun Hao | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Maklumat peribadi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Negara | Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia | 13 Julai 1999||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tinggi | 1.71 m (5 ka 7 in) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tahun aktif | 2016-kini | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cakat tangan | Kanan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jurulatih | Hendrawan Tey Seu Bock | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perseorangan lelaki | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod karier | 124 menang, 51 kalah | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ranking tertinggi | 66 (12 April 2018) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ranking semasa | 101 (18 Oktober 2022) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Profil BWF |
Pada Julai 2017, Leong memenangi Kejohanan Remaja Asia dengan mengalahkan Bai Yupeng di perlawanan akhir.[1] Pada Oktober 2017, beliau memasuki ke peringkat akhir Kejohanan Remaja Dunia di mana beliau tewas kepada unggulan teratas, Kunlavut Vitidsarn, 21-17, 15-21, 9-21.[2] Pada November 2017, beliau mencapai pentas akhir senior yang pertamanya di Cabaran Antarabangsa Malaysia sebelum tewas kepada rakan senegara Iskandar Zulkarnain Zainuddin.[3]
Pada Januari 2018, beliau berjaya mara ke akhir Master Thailand sebagai pilihan kelayakan di mana beliau tewas kepada pilihan kedua kejohanan, Tommy Sugiarto.[4] Pada April 2018, beliau memenangi gelaran senior pertamanya di Terbuka Finland dengan mengalahkan rakan senegara Cheam June Wei di perlawanan akhir.
Perseorangan lelaki
Tahun | Tempat | Lawan | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2017 | GOR Among Rogo, Yogyakarta Indonesia | Kunlavut Vitidsarn | 21–17, 15–21, 9–21 | Perak |
Perseorangan lelaki
Jelajah Dunia BWF, yang diumumkan pada 19 Mac 2017 dan dilaksanakan pada 2018,[5] adalah siri kejohanan badminton elit yang disetujui oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Lawatan Dunia BWF dibahagikan kepada peringkat Final Jelajah Dunia, Super 1000, Super 750, Super 500, Super 300 (sebahagiqn dari Jelajah Dunia HSBC), dan Jelajah BWF Super 100.[6]
Perseorangan lelaki
Tahun | Kejohanan | Tahap | Lawan | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2018 | Master Thailand | Super 300 | Tommy Sugiarto | 16–21, 15–21 | Naib juara |
2022 | Master Indonesia Super 100 | Super 100 | Cheam June Wei | 9–21, 22–20, 21–19 | Juara |
Perseorangan lelaki
Tahun | Kejohanan | Lawan | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2017 | Antarabangsa Malaysia | Iskandar Zulkarnain Zainuddin | 11–21, 13–21 | Naib juara |
2018 | Terbuka Finland | Cheam June Wei | 12–21, 21–17, 22–20 | Juara |
2019 | Antarabangsa Bangladesh | Lakshya Sen | 20–22, 18–21 | Naib juara |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.