From Wikipedia, the free encyclopedia
Leo dari Tripoli (Yunani: Λέων ὸ Τριπολίτης ) ialah seorang yang paling tadah dan lanun Yunani yang membantu orang Arab pada awal abad ke-10.
Leo dilahirkan di atau berdekatan dengan Attaleia, ibu negeri Cibyrrhaeot Theme, sebuah kerajaan maritim, dan ditawan dalam sebuah serbuan Arab. Beliau, yang memiliki pengalaman maritim yang luas, memeluk Islam semasa dalam tawanan dan berkhidmat dengan penawannya.[1] Namanya dalam Bahasa Arab ialah رشيق الوردامي Rasyiq al-Wardami akan tetapi beliau lebih dikenali dalam sumber-sumber Arab dengan nama panggilannya, Ghulam Zurafa (غلام زرافة ), "pembantu Zurafa", yakni bersempena nama tuan Muslimnya yang pertama. Alexander Vasiliev mentafsir Wardami sebagai bermakna yang Leo penganut agama al-Jarajimah atau Mardaite.[2]
Pada 31 Julai 904 M, beliau menjarah Antaliya, kota agung Byzantine Thessalonica, dan membebaskan 4,000 tawanan Muslim sambil menawan 60 buah kapal;[3] satu peristiwa yang dicatatkan John Kaminiates. Pada tahun 907, dengan sebuah armada dari Tarsus dan LaodiceaTemplat:Disambiguation needed, beliau belayar di Dardanelles dan mengancam Constantinople, ibu kota Empayar Byzantine. Pada Mei 912 pula, Leo dan rakannya yang juga memeluk Islam, Damian dari Tarsus menewaskan Himerios, logothete Drome, sebgai balasan serangan yang dilakukan terhadap orang Arab di pulau Cyprus. Akhirnya, pada tahun 923 Leo ditewaskan tentera laut imperial di bawah patrikios John Rhadenos di pesisir Lemnos. Leo menghilangkan diri selepas peristiwa ini dan berkemungkinan beliau terbunuh dalam pertempuran.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.