From Wikipedia, the free encyclopedia
Lee Ji-hyun (Hangul: 이지현 ; lahir 12 Disember 1986),[1] lebih dikenali dengan nama pentas beliau Qri, ialah seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Beliau merupakan ketua kumpulan wanita Korea Selatan, T-ara.
Qri | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama asal | 이지현 |
Nama lahir | Lee Ji-hyun |
Juga dikenali sebagai | Qri |
Kelahiran | Seoul, Korea Selatan | 12 Disember 1986
Genre | |
Pekerjaan | |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2009–sekarang |
Syarikat rakaman | MBK Entertainment |
Pengkarya berkait |
|
Hangul | 큐리 |
---|---|
Perumian Semakan | Kyuri |
McCune–Reischauer | K'yuri |
Hangul | 이지현 |
Hanja | 李智賢 |
Perumian Semakan | I Ji-hyeon |
McCune–Reischauer | Yi Chi-hyŏn |
Qri dilahirkan pada 12 Disember 1986.[2] Nama kelahiran beliau adalah Lee Ji-hyun. Beliau belajar di Sekolah Tinggi Juyeob dan kemudiannya menghadiri Universiti Myungji dalam jurusan Teater dan Seni Visual. Beliau merupakan seorang model dan pemain bass untuk kumpulan rock Six Color sebelum membuat kemunculan pertama sebagai ahli T-ara.
Qri merupakan ahli terakhir daripada tiga ahli baru yang ditambah ke dalam kumpulan ini selepas dua bekas ahli, Jiae dan Jiwon menarik diri semasa pertengahan tahun 2009.[3] Ia kemudiannya disebut dalam Taxi Show bahawa beliau telah diperkenalkan kepada CEO Core Contents Media oleh syarikat asal beliau.
Pada bulan Julai 2013, Qri menjadi ketua T-ara baru dibawah sistem pertukaran pemimpin kumpulan ini.[4]
Qri, Boram dan Soyeon membentuk sub-unit QBS pada bulan Mei 2013. Sub unit ini menumpukan pasaran Jepun. Sub-unit ini mengeluarkan lagu pertama mereka bertajuk "Kaze no You ni" (風のように, Like the Wind) pada 26 Jun 2013.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.