Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL atau Lebuhraya Salak E37 adalah sambungan daripada Lebuhraya Persekutuan dari Seputeh ke Taman Connaught di Cheras. (jangan terkeliru dengan Lebuhraya Timur-Barat laluan dari Gerik di Perak ke Jeli di Kelantan) Lebuh raya ini adalah sebahagian daripada Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Tenggara.

Fakta Segera Maklumat laluan, Panjang ...
Thumb
Lebuhraya E37
Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL
Maklumat laluan
Diselenggara oleh ANIH Berhad
Panjang13 km (8 mi)
Wujud1992–kini
SejarahSiap pada tahun 1994
Simpang utama
Hujung timurPersimpangan Taman Connaught
Persimpangan utama Jalan Cheras
E37 Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban
E7 Lebuhraya Cheras-Kajang
E20 Lebuhraya Maju
E2 Lebuhraya Persekutuan
Hujung baratPersimpangan Seputeh
Lokasi
Destinasi
utama
Cheras, Bandar Tun Razak, Taman Desa
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya  Persekutuan  Negeri
Tutup

Sesetengah peta melabelkan bahagian lebuh raya ini dari Persimpangan Seputeh ke Persimpangan Salak Selatan sebagai sebahagian daripada Lebuhraya Persekutuan (FHR2), tetapi tanggapan tersebut adalah tidak tepat memandangkan Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dikendalikan oleh Metacorp dan bukannya oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia yang menyelenggara sebahagian besar bahagian Lebuhraya Persekutuan. Pada tahun 2007, lebuh raya ini dikodkan sebagai E37 bersama-sama dengan Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban.

Sejarah

Lebuh raya ini dibina pada tahun 1992. Bahagian pertama Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dari Seputeh ke Persimpangan Salak (sambungan bagi Lebuhraya Persekutuan) telah dinaik taraf kepada enam lorong pada tahun 1993. Lebuh raya ini akhirnya siap dan dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas pada Ogos 1994.

Pautan luar

  • ANIH Berhad (Dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation Sdn Bhd)

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.