Layvin Kurzawa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Layvin Marc Kurzawa (lahir 4 September 1992) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi bek kiri untuk kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain.
Remove ads
Kurzawa memulakan kariernya bersama Monaco pada tahun 2010 dan seterusnya melakukan 96 penampilan dan menjaringkan lapan gol ketika bersama pasukan itu. Pada tahun 2015, beliau berpindah ke Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 23 juta euro.
Kurzawa melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Perancis pada tahun 2014.
Remove ads
Kerjaya kelab
Monaco

Kurzawa telah dilahirkan di Fréjus, Var.[4] Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 22 September 2010 pada pusingan ketiga kejohanan Coupe de la Ligue menentang Lens di Stade Louis II. Beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama sebelum dikeluarkan pada minit ke-65 dalam keputusan perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 1–0.[5] Tiga hari kemudian, beliau melakukan penampilan pertamanya di Ligue 1 dalam aksi kekalahan 1-2 kepada Lorient. Kurzawa telah beraksi dalam empat perlawanan liga seterusnya dan musim itu menyaksikan pasukannya tersingkir ke Ligue 2. Pada 1 Mei 2011, beliau telah dibuang padang pada aksi terikat seri 1-1 menentang Saint-Étienne.[6] Beliau melakukan empat kemunculan ketika pasukannya bersaing di divisyen kedua sebelum pasukannya bergelar juara lalu melayakkan diri semula ke Ligue 1.
Kurzawa menjadi tonggak pasukan utama Monaco untuk menghadapi musim 2013–14 dengan melakukan 28 kemunculan liga di samping membantu pasukannya menduduki tangga kedua liga di belakang Paris Saint-Germain. Beliau juga menjaringkan lima gol. Jaringan golnya yang pertama dihasilkan ketika menewaskan Guingamp 2-0 pada 14 December 2013.[7]
Beliau telah menjaringkan gol dalam kedua-dua aksi Monaco menentang Young Boys pada pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara UEFA 2015-16 lalu meraih kemenangan 7-1 secara agregat.[8]
Paris Saint-Germain
Pada 27 Ogos 2015, Kurzawa menyertai juara Ligue 1, Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 23 juta euro dan menandatangani kontrak selama lima tahun.[9][10] Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 11 September selepas menggantikan Maxwell pada minit ke-67 dalam aksi terikat seri 2-2 bertemu Bordeaux di Parc des Princes.[11] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk PSG pada 25 Oktober dengan menjaringkan gol pembukaan permainan yang berkesudahan kemenangan 4-1 diraih PSG ke atas Saint-Étienne.[12]
Kurzawa menjaringkan gol dan membantu jaringan Javier Pastore pada 6 Ogos 2016 semasa PSG merangkul kejohanan Trophée des Champions semasa menentang Lyon dengan kedudukan 4-1 di Klagenfurt, Austria.[13] Pada enam hari kemudian, beliau menjaringkan gol pertama PSG untuk kempen musim yang baru dalam aksi menewaskan Bastia melalui jaringan tunggal permainan oleh Kurzawa.[14] Pada 8 Mac 2017, beliau telah menjaringkan gol sendiri ketika pasukannya tersungkur 6–1 kepada Barcelona dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara.[15]
Pada 31 Oktober 2017, Kurzawa menjaringkan hatrik pertama dalam kariernya ketika menentang Anderlecht dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[16] Kurzawa menjadi pemain pertahanan pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah untuk meraih pencapaian sedemikian.
Remove ads
Kerjaya antarabangsa
Kurzawa telah dilahirkan dalam keluarga yang mana bapanya merupakan orang Guadeloupe[17] manakala ibunya ialah orang Poland. Beliau telah dijemput untuk beraksi mewakili pasukan kebangsaan Poland.[18][19]
Beliau merupakan pemain belia antarabangsa Perancis dan pernah melakukan penampilan bersama pasukan bawah-19.[20] Pada 14 Oktober 2014, ketika perlawanan timbal balik play-off kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 menentang Sweden, Kurzawa meraikan jaringan gol Perancis dengan menyindir pemain-pemain Sweden melalui tabik hormat. Tidak lama kemudian, Sweden menjaringkan gol lalu memenangi perlawanan itu dengan kedudukan 4-1 sekali gus menyingkirkan Perancis untuk layak ke kejohanan akhir.[21][22] Sweden akhirnya menjuarai kejohanan itu dan seluruh pasukan meraikan kejayaan mereka dengan menggunakan cara sindiran Kurzawa.[23]
Pada 14 November 2014, beliau melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior selepas menggantikan Lucas Digne pada 20 minit terakhir ketika pasukannya terikat seri 1-1 menentang Albania.[24] Pada empat hari kemudian, beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Perancis ketika pasukannya meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Sweden sebelum beliau digantikan oleh Digne.[25]
Kurzawa menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama pada 1 September 2016 untuk menundukkan Itali dengan kedudukan 3-1 pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadio San Nicola di Bari.[26]
Remove ads
Statistik kerjaya
Kelab
- Sehingga 11 Mac 2020.[27]
Antarabangsa
- Sehingga 25 Mac 2019.[28]
Gol antarabangsa
Pencapaian
Kelab
- Monaco
- Ligue 2: 2012–13
- Paris Saint-Germain
Individu
- Pasukan Pilihan Ligue 1: 2013–14[33]
Catatan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads